Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
7 Sep 2016 Johor Bahru – Larian Kemerdekaan anjuran Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK) dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HCD), Pejabat Pendaftar mendapat sambutan menggalakkan walaupun keadaan cuaca yang kurang baik apabila hujan lebat sebelum acara bermula. Seramai 360 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan staf mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.2 kilometer. Larian itu diadakan bertujuan menyemarak sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-59 selain meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan warga kampus UTM. http://www.news.utm.my/malay/2016/09/larian-kemerdekaan-dapat-sambutan/
Sep 8, 2016