Photo – NC UTM DAN KSU KPT LAWAT MANGSA KEMALANGAN Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar melawat mangsa kemalangan EIMARace 2016 di Kuantan, petang tadi. Mereka diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi TKPPT(A) Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir melawat mangsa di Hospital Tunku Ampuan Afzan dan di rumah mangsa di Indera Mahkota untuk menyampai cek, cenderahati dan ucapan takziah di atas kematian ahli keluarga. Mereka turut melawat lokasi kemalangan di Jalan Kompleks SUKPA di Indera Mahkota. Selepas itu Naib Canselor melawat seorang lagi mangsa kemalangan yang cedera dan sedang mendapat di Kuantan Medical Centre.

NC UTM DAN KSU KPT LAWAT MANGSA KEMALANGAN Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Naib Canselor UTM Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar melawat mangsa kemalangan EIMARace 2016 di Kuantan, petang tadi. Mereka diiringi oleh...

Photo – KENYATAAN MEDIA NAIB CANSELOR UTM MENGENAI KEMALANGAN MAUT DI PERTANDINGAN EIMARace 2016 ANJURAN UTM DI PAHANG JOHOR BAHRU, 25 September 2016 – Penganjur EIMARace 2016 telah mengambil langkah keselamatan yang perlu bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan penonton dengan meletakkan penghadang air (water barrier), pita keselamatan dan menempatkan anggota keselamatan. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Datuk Dr Wahid Omar berkata, langkah berkenaan diambil selaras dengan saranan Motorsports Association of Malaysia (MAM), badan yang menguruskan sukan permotoran di Malaysia. Dalam kemalangan yang membabitkan dua buah jentera kategori 131cc kira-kira jam 11.00 pagi tadi di Indera Mahkota, Pahang dua penonton terbunuh manakala dua lagi dilaporkan kritikal. Ekoran itu, penganjur mengambil keputusan menghentikan perlumbaan dan membatalkan pertandingan. Perlumbaan di litar terbuka di Indera Mahkota, Pahang telah diperakukan selamat oleh MAM untuk perlumbaan berkenaan yang disertai oleh 51 buah pasukan dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negara ini. EIMARace adalah perlumbaan kenderaan empat lejang yang diubahsuai membabitkan enjin 131cc dan 250cc mula dipertandingkan pada tahun 2009 di litar lumba Datuk Sagor, Kampung Gajah, Perak. EIMARace juga pernah dipertandingkan di Bakri, Muar, Johor sebelum kembali semula ke Litar Datuk Sagor. Sejak awal pertandingan UTM telah diberi penghormatan untuk mengendalikan pertandingan berkenaan termasuk aspek teknikal, keselamatan, pemilihan gelanggang dan mendapatkan kelulusan dari MAM. Bermula 2015 EIMARace telah dibawa ke Pahang dengan kerjasama kerajaan negeri bagi mempromosi Tahun Melawat Pahang 2017 dan dipertandingkan di Indera Mahkota. Naib Canselor melahirkan rasa dukacita berikutan kejadian yang meragut nyawa penonton dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) Profesor Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz telah melawat mangsa di Kuantan petang tadi.

KENYATAAN MEDIA NAIB CANSELOR UTM MENGENAI KEMALANGAN MAUT DI PERTANDINGAN EIMARace 2016 ANJURAN UTM DI PAHANG JOHOR BAHRU, 25 September 2016 – Penganjur EIMARace 2016 telah mengambil langkah keselamatan yang perlu bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan...