Fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Md Nor Kamarudin daripada Jabatan Geoinformasi di atas perkhidmatan dan sumbangan besar beliau sepanjang 30 tahun perkhidmatan kepada FGHT dan UTM. Semoga beliau maju jaya dan sukses selepas ini. Beliau bakal bersara pada hari Isnin, 4.11.2013 (juga harijadi beliau yang ke 58).