PEMANDU PELANCONG UTM

a) TERBUKA KEPADA SEMUA STAF DAN PELAJAR UTM;
b) Berperwatakan ceria dan mesra dalam setiap keadaan;
c) Mahir berkomunikasi dalam bahasa Malaysia (kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa ketiga juga amat digalakkan);
d) Mampu/boleh bertugas pada bila-bila masa sekiranya dipanggil (staf akan dipanggil bertugas di luar waktu pejabat);
e) Mampu menguruskan pelancong dalam bilangan yang ramai; dan
f) Berpengetahuan luas mengenai UTM (tanpa pengetahuan luas juga digalakkan, latihan/ pendedahan akan diberikan)

Keistimewaan sebagai Pemandu Pelancong UTM:
a) Elaun pemandu pelancong yang menarik dan lumayan akan diberikan setiap sesi/ jam;
b) Akan diberikan latihan dari semasa ke semasa bagi memantapkan kemahiran;
c) Menjana pendapatan sampingan memandangkan pakej ini bersifat komersial kerana bakal-bakal pelawat/pelancong adalah dari dalam dan luar negara;
d) Diberikan pengiktirafan dalam bentuk sijil atau peluang menyertai lawatan-lawatan kerja unit ke kawasan-kawasan tarikan pelancongan;
e) Waktu bertugas yang fleksibel dan mengikut kelapangan masa;

Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk menyertai pasukan kami sebagai Pemandu Pelancong di UTM, salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia, sila hubungi/ e-mel penyertaan anda ke phbecotourism@utm.my/ telefon 07- 5530167 (En Zaidi) / 07-5530291 (Pn Norhaslinda) sebelum atau pada 10 Ogos 2013.