Kepada semua Staf & Pelajar UTM,

Bersempena dengan bulan Ramadan 1434H yang berkat ini, Masjid Sultan Ismail di bawah pengurusan Pusat Islam UTM akan menganjurkan program TADARUS AL-QURAN bagi menghidupkan lagi bulan yang mulia ini.

Pusat Islam mengalu-alukan kepada semua yang berminat untuk menyertai program ini yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan ini untuk memberikan butiran / maklumat diri anda kepada Pusat Islam UTM.

Sila hantarkan NAMA PENUH, NO. K/P, NO MATRIK STAF/PELAJAR, JABATAN/ FAKULTI, ALAMAT EMEL DAN NO. TELEFON ke Facebook Masjid Sultan Ismail atau ke Pusat Islam UTM.