SALAM JUMAAT
21 JUN 2013 / 12 SYAABAN 1434H

Para Muslimin sekalian, marilah bersama-sama menunuaikan solat fardhu Jumaat pada hari ini.

Tajuk Khutbah : "PERSEDIAAN MENGHADAPI BULAN RAMADHAN"
Khatib : PM DR. MOHD ISMAIL BIN MUSTARI
Timbalan Pengarah Pusat Islam, UTM

Bulan Sya'ban hampir di pertengahan, Bulan Ramadhan hampir tiba lagi, sama ada kita sedar atau tidak, itulah hakikatnya. Jom kita sama-sama koreksi diri dengan menghayati khutbah hari ini. Antara input-input penting ialah :

– Bulan Syaaban merupakan bulan latihan awal sebelum
menghadapi tarbiah ramadhan.
– Dalam bulan sya'ban yang masih lagi berbaki ini merupakan
peluang terbaik untuk kita menyusun dan mengatur jadual ibadat
secara sistematik dan tersusun supaya tidak kekok apabila
berada dalam bulan ramadhan nanti.
– muhasabah diri dengan menilai semula segala amalan yang
dilakukan pada ramadhan yang lalu agar kita dapat
melipatgandakan amalan pada ramadhan kali ini.
– Hukum berpuasa pada hari 15 akhir dalam bulan Sya'ban.

Semoga Allah memberkati Ramadhan kita semua tahun ini.

UTM Open Day