hadis pilihan
Daripada Matarraf daripada bapanya berkata: aku menemuai Rasulullah pada ketika itu baginda sedang membaca "Al-hakumuttakasur". Kemudian baginda bersabda "Anak adam berkata" hartaku! hartaku! wahai anak adam adakah engkau mempunyai harta selain drpd apa yang telah engkau makan maka ia akan habis atau yang telah engkau pakai lalu menjadi lusuh atau yang telah engkau sedekahkan maka ia akan hilang, selain drpd itu harta tersebut akanmusnah dan akan engkau tinggalkan dia untuk org lain
(HR MUSLIM)
Syarah hadis
1. Manusia berkata "hartaku! hartaku!" bermaksud masing2 berlumba-lumba melunggukkan harta kekayaan. Pada mereka ia boleh memberikan segala-galanya. Keaadaan dan sangkaan inilah yang menyebabkan manusia sering lalai, rosak binasa, bersengketa sesama mereka kerana tamak harta.
2. Manusia tidak mempunyai harta selain drpd apa yang dimakan lalu habis tau yang telah dipakai lalu lusuh atau yang telah disedekahkan lalu hilang. Hadis ini menjelaskan bahawa harta kekayaan itu sebenar adalah apa juga harta yang dimanfaatkan oleh seseorang samada untuk dirinya tau disedekan untuk orang lain.