PROGRAM ISTIMEWA JUMAAT BUAT MUSLIMAT SEKALIAN
MUTIARA SRIKANDI EDISI 10 MEI 2013 / 29 JAMADIL AKHIR 1434H
PENCERAMAH : USTAZAH DR BUSHRAH BT BASIRON
TAJUK : UNIKNYA HATI
MASA : 12.30TGH – 2.00 PTG
TEMPAT : DEWAN AL-GHAZALI, PUSAT ISLAM UTM
Sahabat sekalian,
Betapa uniknya Allah ciptakan hati kerana dari hatilah akan dinilai segala perbuatan & amalan. Hati perlu diberikan santapan bukan dengan kelazatan makanan fizikal tetapi dengan kesuburan iman.
Rasa sakit hati?? kita tak pernah nampak ianya berdarah. namun kesakitan tersebut adakalanya meluluhkan seluruh jiwa dan anggota badan.
Rasa suka hati?? kita tidak tahu bagaimana hendak digambarkan kerana rasa seperti berada di awangan. Dunia dirasakan terlalu indah.
Inginkan hati yang sentiasa tenang?? Kembalilah kepada ALLAH.. kerana dengan mengingatiNya hatimu akan sentiasa tenang.
JOM KEMASKINI HATI KITA.
