Hadis Pilihan

Daripada Abu Hurairah r.a berkata :

Rasullah s.a.w bersabda :

'Tiga orang yang doa mereka tidak akan di tolak. Pertama orang puasa ketika berbuka. Kedua Pemimpin yang adil. Ketiga doa orang yang kena zalim, maka Allah taala akan mengangkat doanya ke atas awan dan membukakan baginya akan pintu langit dan Ia berfirman: Demi kebesaranKu. Pasti ia akan Aku tolong walaupun setelah beberapa masa nanti'

hadis riwayat Tirmidzi

keterangan Hadis

3 orang atau golongan yg disebutkan di sini mendapat keistimewaan dengan doa mereka dikabulkan oleh Allah. Pertama orang yg puasa bila ia berbuka kerana ia telah menjalani satu latihan panjang maka diberikan kepadanya keistimewaan ini. Kedua pemimpin yang adil selama ia dalam keadilannya. Ketiga orang yg kena zhalim mengambil haknya.

UTM Open Day