RAHSIA disebalik suruhan berpuasa adalah membentuk TAQWA yang memimpin manusia ke syurga. Walaupun nilainya tersembunyi tapi ia lebih berkuasa dari dunia dan seisinya baik pangkat, duit, emas dan permata. Itu semua bakal ditinggalkan di dunia yang fana. Sampai masa kita perlukan bekal untuk menghadap Tuhan yang tak tahu bila. Ayuh rebut dan pilihlah untuk hidup dengan jalan kebaikan. Merebut bonus Ramadan yang masih berbaki selagi berkesempatan.