Al Fatihah.. lagi berita kematian warga UTM. Firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 145 bermaksud: “Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya”. Dimaklumkan Puan Napisah bt Mohd Radzi, pensyarah Fakulti Sains UTM telah kembali ke rahmatullah selepas tengah malam tadi di Hospital Sultan Ismail kerana kanser paru-paru. Jenazah akan disolatkan di surau As-Solihin, Taman Sempena Senai pada jam 9.00 pagi ini sebelum dikebumikan di Kampung Maju Jaya, Senai. Warga Pusat Islam mengucapkan takziah kepada suami beliau PM Dr Sulaiman Md Nor dan keluarga atas pemergian tersebut. Semuga ruh almarhumah dicucuri rahmat dan digolongkan bersama-sama orang yang soleh dan diberi ketabahan kepada keluarganya menghadapi kenyataan ini.