Suasana solat Jumaat hari ini dirasakan umpama berada di Masjidil Haram, mendengar khutbah dalam bahasa Arab dan doa yang menyentuh perasaan. Terasa begitu kerdilnya kita tatkala mendengar isi khutbah yang menyentuh tentang ilmu. ilmu yang kita perolehi hanyalah sekelumit cuma. alangkah baiknya ilmu yang dipelajari baik sains, kimia, falak, astronomi dan sebagainya itu membawa kita lebih dekat dengan Illahi. semoga kita semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan kehadiran Habib Omar membawa keberkatan kepada kampus UTM yang tercinta. Amin.