Hari Jumaat yang mulia ini juga team pengurusan Jenazah muslimat dikalangan staf dan mahasiswi telah menyempurnakan jenazah allahyarhamah isteri En Yunus staf UTM dari Perpustakaan Sultanah Zanariah pada jam 9.00 pagi bertempat di Masjid Sultan Ismail. Jenazah seterusnya disolatkan dan dikebumikan di tanah perkuburan Kangkar Pulai. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. al-Fatihah.