Maksud Hadith :
Saad bin HIsyam bin Amir bertanya kepada Aisyah dengan berkata : "Wahai Ummul Mukminin ! Beritakan kepada aku tentang akhlak Rasulullah SAW. Maka Aisyah berkata : "Tidakkah kamu membaca al-Quran ? Aku menjawab : Ya. Aisyah berkata : "Sesungguhnya Akhlak Nabi ialah al-Quran. (diriwayatkan oleh Muslim)