TERMENUNG SEKETIKA…Mengingatkan kedatangan 1433 H yang bakal menjelma. Kita pasti bertemu walau kita belum bersedia, walau kita masih di takuk yang lama, walau azam belum terlaksana, walau usia dibazirkan sia-sia…itulah hakikat masa yang sering disebut dalam pengakhiran majlis. “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh, berpesan2 dgn kebenaran dan bpesan2 dgn kesabaran.” Selagi hayat masih ada, selagi badan masih btenaga, ayuh teruskan langkah kehadapan menggapai kejayaan dunia akhirat..