Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dimaklumkan gangguan bekalan elektrik berlaku lagi pada jam 11.10 pagi ini yang melibatkan beberapa kolej kediaman pelajar, sebahagian zon Lingkaran Ilmu dan luar Lingkaran Ilmu.

Pihak Pejabat Harta Bina akan melaksanakan ujian kabel bawah tanah di beberapa litar utama dan ini akan mengambil masa yang agak lama.

Bekalan sementara dijangka akan dapat disalurkan sebelum jam 7.00 petang ini.

Sekian, harap maklum.