Penjelasan dari Datuk Prof Ir Dr Wahid Omar, UTM Vice Chancellor berkenaan Laporan Audit Negara berkaitan UTM :

1. Saya sendiri bersama Bendahari, Pengarah Kerja dan Unit Audit Dalam telah berkunjung ke Pejabat Audit Negara di Putrajaya bagi memberi penjelasan terperinci berkaitan penemuan dan ulasan audit.
2. Laporan di atas merekodkan kelemahan yang berlaku dan UTM telah mengambil pendekatan proaktif dan segera antaranya:
a. Surat teguran/tunjuk sebab kepada Pegawai/PTJ terlibat telah dikeluarkan.
b. Memperbaiki kaedah perolehan dan pemantauan yang lebih tegas dan teratur
c. Menghebahkan hasil audit kepada semua staf UTM agar semua staf mengambil perhatian dan memperbaiki pengurusan di peringkat masing-masing
3. Elok juga di perjelaskan berkaitan projek FPREE yang dilaporkan mengalami kelewatan yang agak lama. Proses melantik kontraktor baru sedang berjalan. Saya juga sangat kesal atas kelewatan ini. Seperti dilaporkan dalam laporan audit, UTM telah berusaha sebaiknya menguruskan projek dengan mematuhi semua peraturan pengurusan projek kerajaan.
4. UTM akan terus memperbaiki segala kelemahan yang berlaku. Kita akan terus berpegang kepada prinsip bahawa segala tanggungjawab yang di pikul adalah AMANAH besar yang perlu di jalankan dengan penuh tanggungjawab, ikhlas, telus dan berintegriti.
Terima kasih.

Laporan Audit Negara berkaitan UTM boleh di baca secara terperinci di pp 199 -208 di link berikut.

LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
2014 SIRI 2

www.audit.gov.my

UTM Open Day