Pusat Industri dan Aplikasi Matematik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM-CIAM) telah mengadakan kerjasama dengan Pusat Industri dan Aplikasi Matematik, Universiti Oxford (OCIAM) bagi menganjurkan Kem Model Matematik (MMMC 2015).

Kem empat hari yang pertama kali dianjurkan di Malaysia mensasarkan himpunan graduan dari seluruh dunia bagi membincangkan permasalahan industri #matematik di bawah seliaan pakar.

Pengerusi MMMC 2015, Prof. Dr. Ali H.M Murid berkata, kem ini menyediakan peserta pengalaman secara langsung mengenai permasalahan model matematik dalam industri melalui khidmat nasihat instructor berpengalaman.

“Program ini dirancang untuk mempromosikan skil penyelesaian masalah secara meluas seperti analisis dan model matematik, pengiraan saintifik dan penyelesaian penilaian kritikal.”


Malaysia Mathematical Modelling Camp (MMMC2015) Fokus Kepada Penyelesaian Masalah Numerik Industri
www.news.utm.my
Like our news? Share it!

UTM Open Day