Agih saham air kaedah kuno – Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang

Agih saham air kaedah kuno – Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang

Kuala Lumpur:  Rancangan kerajaan pembangkang mengagihkan saham air kepada rakyat Selangor, jika mereka berjaya menstruktur semula industri air akan menjadikan industri itu lebih kuno lagi daripada statusnya sekarang yang sudah sangat kuno.

Pakar air negara, yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata selepas 20 tahun berkecimpung dalam bidang itu sejak berstatus mahasiswa di England hingga ke peringkat profesor, beliau kecewa kerana tahap industri ini masih tidak berkembang maju.
Industri itu akan terus ketinggalan kerana rancangan pengagihan saham air sama seperti memiliknegerikan industri air dan ini akan mengakibatkan ia sukar berkembang dan tidak berdaya maju kerana pendapatan sedikit berbanding keperluan air sebenar, katanya, di sini, semalam.

Dr Zaini adalah penerima pertama Anugerah Merdeka pada 2009 bagi kategori pencapaian ulung akademik dalam bidang pengurusan dan teknologi rawatan air dan air sisa, strategi pelestarian sumber dan ekologi industri.

water3            water2            water

Beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa dan editor jurnal antarabangsa Water Science & Technology sejak 2000.

Dr Zaini berkata, isu air di Selangor bertambah rumit kerana projek loji air Langat 2 sudah siap 70 peratus dan ia perlu diteruskan.

Kita tak boleh biarkan projek itu terbengkalai, sebaliknya Langat 2 mesti diteruskan dan pada masa sama NRW (air tanpa hasil) juga mesti dikurangkan, katanya.
Jadi bahan ketawa

Mengulas keghairahan kerajaan Selangor mempolitikkan isu air, yang menyukarkan lagi usaha Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah itu, Dr Zaini berkata, jika ia berterusan, negara mungkin menjadi bahan ketawa pihak luar.

Saya terbabit dalam hal diplomasi air antarabangsa dan diundang ke Amerika Syarikat serta banyak negara lain untuk berbincang cara menyelesaikan perbalahan antara dua negara membabitkan isu air.

Namun, dalam negara sendiri, kita menghadapi masalah antara kerajaan Selangor dan operator air., tidak boleh bersatu padu. Malah, Saya tinggal di Johor Bahru dan kadang-kala rakan di Singapura bertanya apakah susah untuk menyelesaikan masalah air.

Saya fikir ini akan jadi satu kes untuk dijadikan tontonan kepada dunia bahawa dalam keadaan banyak air, sebabkan ada dua pihak berbeza maklumat kepakaran bekalan air, akhirnya menyebabkan kita tidak membuat satu tindakan tepat, katanya.

 

Sumber: Berita Harian – Nasional, 25 April 2013

Program Intellectual Discourse

Program Intellectual Discourse

KLCC_Vthian
Tajuk:  UTM Pemangkin Pembangunan Negara – Sejauh  Mana Kejayaan?
Tarikh:  15 Mei 2013 (Rabu)
Masa:  2.30 petang
Tempat:  Dewan Alumni, UTM Johor Bharu
Disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad bin Darus, Pengerusi Majlis Profesor, UTM
Ringkasan:
UTM Pemangkin Kemajuan Negara: Sejauh Mana Kejayaan?
Penubuhan sesuatu universiti adalah bertujuan bagi membantu pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan sesuatu tempat, negeri, negara dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Perkara ini jelas daripada pernyataan misi dan visi sesebuah universiti itu dan impak kewujudan universiti-universiti tersebut. Negara buat masa ini telah mempunyai lima university penyelidikan, empat universiti yang menekankan kepada kemahiran, beberapa universiti yang berfokus kepada aspek tertentu seperti pendidikan dan universiti-universiti komprehensif.
UTM yang bidang pengajian programnya berfokus kepada bidang kejuruteraan dan teknologi mempunyai sejarah yang cemerlang dari segi kemajuan akademik. Sejak ditubuhkan sebagai sebuah universiti dalam tahun 1975 lalu, UTM telah bergerak kehad pan dengan lancarnya sehingga berjaya mencapai status university penyelidikan dalam tahun 2010 lepas.
Kemajuan cemerlang UTM seharusnya juga memberi impak yang signifikan terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berteraskan kepada kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2020.  Setakat mana kewujudan UTM di Johor Bahru telah menyumbang kepada kemajuan Johor Bahru dan Johor secara umunya?  Sejauh mana pula kecemerlangan UTM dalam bidang kejuruteraan dan teknologi telah menyumbang dalam penjanaan ekonomi rakyat tempatan atau membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Pandangan bijaksana Y.Bhg Profesor semua adalah sangat diharap-harapkan dalam membincang  perkara ini, di mana ia dapat menjana input-input penting bagi menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat pada masa mendatang.
Sehubungan dengan itu, Majlis Profesor ingin mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg Profesor  serta semua staf akademik dan bukan akademik untuk menyertai dalam program ini.
PENGESAHAN KEHADIRAN
Sila hubungi Puan Khamisah Sulaiman, Pembantu Khas Kepada Pengerusi Majlis Profesor di talian +607-5530774 atau emel khamisah@utm.my untuk membuat pengesahan kehadiran sebaik-baiknya sebelum 09 Mei 2013.
UTM Open Day