Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam hormat daripada Majlis Profesor UTM.

Majlis Profesor UTM adalah merupakan badan pemikir gabungan semua profesor UTM dengan pelbagai kepakaran yang bersedia menyumbang terhadap kemajuan dan pembangunan universiti dan negara secara umumnya.

Komitmen sumbangan MPU direalisasikan melalui wacana-wacana kesarjanaan dan menyediakan ruang kepada para profesor untuk berbincang, memberi pandangan dan cadangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan peranan profesor dalam memajukan universiti dalam kontek yang lebih luas. Tumpuan utama adalah pada isu-isu yang mempunyai impak besar terhadap pembangunan, kemajuan dan kedaulatan negara. Disamping itu, MPU juga proaktif melaksanakan kajian bagi isu-isu yang signifikan untuk manfaat universiti, masyarakat setempat dan negara.

Bersifat sebagai badan pemikir bebas, MPU boleh bersinergi dengan mana-mana badan atau agensi kerajaan bagi mencapai matlamatnya.Dengan ini, adalah sangat diharapkan halaman ini dapat menjadi rujukan bagi hubungan intra ahli MPU khasnya, masyarakat luar dan negara amnya. Diharapkan MPU akan terus kekal releven dan berwibawa kini dan selamanya dalam membantu pembentukan masa depan UTM.

PROF. SR. GS. DR. MAZLAN BIN HASHIM
Pengerusi
Majlis Profesor UTM

Professors Council Committee Members

See list of UTM Professors Council Committee Members

Our Professors Updates & Achievements