FORUM IPIMA 2013 “PERTANIAN DAN KESELAMATAN MAKANAN”, 18-20 NOVEMBER 2013 BOGOR INDONESIA

Forum IPIMA 2013

Ikatan Profesor Indonesia Malaysia (IPIMA)yang tediri daripada Majlis Profesor Negara Malaysia (MPN) dan Asosiasi Prpfesor Indonesia (API) akan menganjurkan Forum IPIMA 2013 dengan tema: “Pertanian dan Keselamatan” pada 18 hingga 20 November 2013 bertempat di IPB International Convention Centre (ICC), Bogor, Indonesia.

Sehubungan dengan itu, Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menyertai forum ini.  Sila berurusan dengan pihak urusetia:

Sekretariat
Forum IPIMA 2013
Pejabat Am, jabatan Perlindungan Tumbuhan
Blok E, Fakulti Pertanian, Universiti Putra malaysia
43400 Serdang Selangor
 
Muatturun Brosur Klik Forum IPIMA 2013
 
Emel: klusterpertanian@gmail.com
Tel: +603-89474973
website: www.majlisprofesor.gov.my
 

 

 

Agih saham air kaedah kuno – Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang

Agih saham air kaedah kuno – Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang

Kuala Lumpur:  Rancangan kerajaan pembangkang mengagihkan saham air kepada rakyat Selangor, jika mereka berjaya menstruktur semula industri air akan menjadikan industri itu lebih kuno lagi daripada statusnya sekarang yang sudah sangat kuno.

Pakar air negara, yang juga Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Seri Dr Zaini Ujang, berkata selepas 20 tahun berkecimpung dalam bidang itu sejak berstatus mahasiswa di England hingga ke peringkat profesor, beliau kecewa kerana tahap industri ini masih tidak berkembang maju.
Industri itu akan terus ketinggalan kerana rancangan pengagihan saham air sama seperti memiliknegerikan industri air dan ini akan mengakibatkan ia sukar berkembang dan tidak berdaya maju kerana pendapatan sedikit berbanding keperluan air sebenar, katanya, di sini, semalam.

Dr Zaini adalah penerima pertama Anugerah Merdeka pada 2009 bagi kategori pencapaian ulung akademik dalam bidang pengurusan dan teknologi rawatan air dan air sisa, strategi pelestarian sumber dan ekologi industri.

water3            water2            water

Beliau juga pernah dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Air Antarabangsa dan editor jurnal antarabangsa Water Science & Technology sejak 2000.

Dr Zaini berkata, isu air di Selangor bertambah rumit kerana projek loji air Langat 2 sudah siap 70 peratus dan ia perlu diteruskan.

Kita tak boleh biarkan projek itu terbengkalai, sebaliknya Langat 2 mesti diteruskan dan pada masa sama NRW (air tanpa hasil) juga mesti dikurangkan, katanya.
Jadi bahan ketawa

Mengulas keghairahan kerajaan Selangor mempolitikkan isu air, yang menyukarkan lagi usaha Kerajaan Pusat menyelesaikan masalah itu, Dr Zaini berkata, jika ia berterusan, negara mungkin menjadi bahan ketawa pihak luar.

Saya terbabit dalam hal diplomasi air antarabangsa dan diundang ke Amerika Syarikat serta banyak negara lain untuk berbincang cara menyelesaikan perbalahan antara dua negara membabitkan isu air.

Namun, dalam negara sendiri, kita menghadapi masalah antara kerajaan Selangor dan operator air., tidak boleh bersatu padu. Malah, Saya tinggal di Johor Bahru dan kadang-kala rakan di Singapura bertanya apakah susah untuk menyelesaikan masalah air.

Saya fikir ini akan jadi satu kes untuk dijadikan tontonan kepada dunia bahawa dalam keadaan banyak air, sebabkan ada dua pihak berbeza maklumat kepakaran bekalan air, akhirnya menyebabkan kita tidak membuat satu tindakan tepat, katanya.

 

Sumber: Berita Harian – Nasional, 25 April 2013

UTM Conferred Self-Accreditation Status

UTM Conferred Self-Accreditation Status

Johor Bahru, 13 April 2013 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) has been conferred the self-accreditation status by the Ministry of Higher Education as announced by the Minister of Higher Education Dato’ Seri Khalid Nordin.

The status enables UTM to accredit its own academic programmes, except professional programmes that require accreditation and recognition by the relevant professional bodies.   More…

 

UTM Open Day