Waste Management Through Anaerobic Digestion – Opportunities and Challenges from Malaysia’s Perspective

The waste management using anaerobic digestion (AD) not only help protect the environment but also produces useful biogas for energy production. For this regard, the interest in the AD process has increased rapidly worldwide, particularly in Malaysia. Depletion of fossil fuels and environmental deterioration has led to extensive research and development activities to explore renewable energy such as biogas generation from anaerobic digestion of waste for power generation. It has been proven to be a promising alternative to waste disposal and a valuable technology for renewable energy recovery. Although anaerobic digestion is proven to be a feasible and economically viable technology for renewable energy generation of wastes, there are challenges in implementing this technology in Malaysia. This presentation reviews the opportunities and challenges from Malaysia’s perspective the potential for biogas production from various wastewater treatment and waste management industries in Malaysia. It also discusses the benefits and barriers for anaerobic digestion technology deployment to harness the biogas energy potential to support the renewable energy target in Malaysia. In the past, the technical competence and high capital investment required for industrial-scale anaerobic digesters have limited their uptake, but recent advances have made smaller-scale systems more viable through a greater understanding of optimising bacterial metabolism and productivity. Broader issues such as life cycle assessment and energy policies to promote AD are also discussed. Moreover, the application of AD in palm oil mill’s in Malaysia has shown tremendous potential for electricity generation and emission avoidance. Biogas generated from AD of palm oil mill effluent (POME) can replace palm kernel shell and mesocarp fibre which has higher economic value as boiler fuel; upgraded to be used in the gas engine for power generation. This presentation also included the elaboration on the potential of POME as a source of renewable energy and the challenges faced by the palm oil mills in Malaysia which deter the development of biogas plants in the mill.


Pengurusan Sisa Secara Pencernaan Anaerobik – Peluang dan Cabaran dari Perspektif Malaysia

Pengurusan sisa menggunakan pencernaan anaerobik (AD) bukan sahaja membantu melindungi alam sekitar tetapi juga menghasilkan biogas yang berguna untuk menghasilkan tenaga. Menyedari kepentingan ini, pengunaan proses AD telah meningkat dengan pesat di seluruh dunia, terutamanya di Malaysia. Kekurangan bahan api fosil dan kemerosotan alam sekitar telah menjurus kepada aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang meluas dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui seperti penjanaan biogas daripada pencernaan sisa anaerobik untuk penjanaan kuasa. Ia telah terbukti menjadi alternatif bagi pelupusan sisa dan teknologi yang berharga untuk pemulihan tenaga yang boleh diperbaharui. Walaupun proses anaerobik terbukti menjadi teknologi yang baik dan ekonomik, terdapat cabaran dalam melaksanakannya di Malaysia. Syarahan ini mengkaji peluang dan cabaran dari perspektif Malaysia mengenai penghasilan biogas dari pelbagai industri olahan air sisa dan pengurusan sisa di Malaysia. Ia juga membincangkan manfaat dan kekangan penggunaan teknologi ini dalam bidang tenaga biogas untuk membantu menyokong sasaran tenaga yang boleh diperbaharui di Malaysia. Di masa dahulu, kecekapan teknikal dan pelaburan modal yang tinggi telah menghadkan penggunaan rawatan anaerobik berskala industry. Namun begitu, perkembangan teknologi pada masa sekarang telah menjadikan sistem berskala kecil lebih berdaya maju melalui pemahaman yang lebih luas seperti mengoptimumkan metabolisme bakteria dan produktiviti. Isu yang lebih besar seperti penilaian kitaran hayat dan dasar tenaga untuk mempromosikan AD juga dibincangkan. Selain itu, penggunaan AD di kilang minyak kelapa sawit di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang tinggi dan berpotensi menjana elektrik. Biogas yang dijana dari AD untuk efluen kilang minyak kelapa sawit (POME) boleh menggantikan shell kernel kelapa sawit dan serat mesokarp yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan boleh dinaik taraf untuk digunakan dalam enjin gas untuk penjanaan kuasa. Syarahan ini juga merangkumi huraian mengenai potensi POME sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui dan cabaran yang dihadapi oleh kilang minyak sawit di Malaysia.