Brief Biodata
Prof. Madya Dr. Kassim Bin Thukiman
Kassim dilahirkan pada 1 Mac 1963 di Felda Cahaya Bahru, Masai, Johor. Mendapat pendidikan awal di SK Cahaya Bahru, SMK Masai, SMK Dato’ Jaafar, Johor Bahru dan SMK Sultan Ismail, Johor Bahru. Mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (kepujian) dari Universiti Malaya, dalam bidang sejarah (1986), Sarjana Sains Pembangunan Sumber Manusia (1996) dan ijazah PhD (Pengurusan) dari UTM (2013).
Kini beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mula bertugas di UTM sejak Julai 1989. Sebelum itu, pernah bertugas di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Johor Bahru dan tutor di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam bidang pentadbiran, beliau pernah menjadi Pengurus Teknologi Maklumat, FPPSM, Ketua Panel Sejarah, Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa, FPPSM. Di samping itu, beliau juga menjadi Ketua Editor Jurnal Kemanusiaan FPPSM serta menganggotai beberapa ahli jawatankuasa di peringkat jabatan, fakulti dan universiti. Mulai Februari 2013 sehingga Februari 2017, beliau diamanahkan menjadi Pengarah Penerbit UTM Press. Beliau menjadi Ahli Senat UTM 2014-2017.
Dalam aktiviti akademik, Kassim terlibat dalam penyelidikan dan penulisan mengenai sejarah, khususnya sejarah Malaysia dan sejarah Johor. Antara penulisan yang telah diterbitkan ialah
- Menelusuri Sejarah Tempatan Johor (Yayasan Warisan Johor). Editor bersama Kassim Thukiman, Mahmud Embong, Yahaya Abu Bakar.
- Sejarah Ekonomi Johor (Jurnal YWJ).
- Sejarah Ekonomi Jepun di Johor (Jurnal Jebat UKM).
- Pelaksanaan Undang-undang Kangcu Dalam Kegiatan Pertanian Komersial di Negeri Johor (Jurnal Kemanusiaan, Jun 2005)
- UMNO Dalam Perjuangan Memartabatkan Bahasa Melayu (Jurnal YWJ, 2007)
- Memartabatkan Perjuangan Dato’ Onn Jaafar (2006)
- Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik (Penerbit UTM, 2001).
- 100 Tahun Sejarah UTM; Menjana Peradaban Terbilang. (Azhar Abd. Hamid dan Kassim Thukiman, 2005)
- Hubungan Etnik di Malaysia (terbitan FPPSM, UTM, 2008) Editor Bersama Kassim Thukiman, Paimah Atoma dan Hamidah Abd. Rahman.
- Dato’ Onn Jaafar: Pengasas Negara Bangsa. (karya bersama Fadil Abdullah, Kassim Thukiman dan Zin Idrus)
- Jati Diri Johor Dalam Pelbagai Perspektif (Penerbit YWJ, 2008). Editor Bersama Kassim Thukiman, Adanan Mat Junoh dan Md. Zin Idros.
- Sejarah Johor Dalam Pelbagai Perspektif (Penerbit UTM, 2011).
- Seiring Mengukir Kegemilangan; 30 Tahun UTM di Negeri Johor (Penerbit UTM, 2016)
- Memperkasa Ilmuan (UTM Press) Book Chapters Eds. Dr. Azhar Abd Hamid
- Memperkasa Inovasi dan Kreativiti (UTM Press) Book Chapters Eds. Dr. Azhar Abd. Hamid
- Dinamika Malaysia (Penerbit FM) editor bersama
Beliau juga terlibat sebagai editor di Penerbit UTM Press. Antaranya:
- Orang Cina di Tanah Melayu
- Orang Melayu dan Perjuangan
- Analisis Keperluan Latihan
- Komunikasi Organisasi
- Menghayati Budaya Ilmu
- Memperkasa Budaya Ilmu
- Mengangkasa Pengajian Tinggi
- Universiti, Inovasi dan Kreativiti
- Budaya Inovasi, Prasyarat Model Baru Ekonomi
- Menjana Minda Kreatif dan Inovatif
- Berpaksi Inovasi, Mengangkasa Universiti, Menjana Nilai Tinggi
- Mewarisi Perjuangan, Menjayakan Transformasi, Memacu Kegemilangan
- Awet Muda; 7 Rahsia Kesihatan Holistik
- Maslahah Dalam Perundangan Hukum Syarak
- Natrah, Cinta, Rusuhan dan Air Mata
- Sejarah Pentadbiran Agama Islam di Johor
- Biografi Tan Sri Othman Saat
- Biografi Tan Sri Ainuddin Wahid; Pejuang Degil Melayu
- Sejarah Adat-Istiadat Diraja Johor
- Akademia Baru: Mermartabat UTM Berjenama Global
- Menyuburkan Kembali Jiwa Akademia
- Kerangka Kewangan Pengajian Tinggi di Malaysia
- Pembangunan UTM di bawah RMK-9
- Menjayakan UTM Global
- Menerajui Inovasi Ke Arah Kemakmuran Sejagat
- Kelestarian Pendidikan Tinggi Ke Arah Penghasilan Berimpak
- Kepimpinan Akademik di Universiti
- Menjayakan Kelangsungan Universiti.
- Universiti Cemerlang Menjana Kesejahteraan Sejagat
Kassim juga dilantik sebagai Penilaian Subjek Umum Universiti oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Selain itu, beliau dilantik sebagai Jawatankuasa Penilai Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Beliau turut terlibat dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan. Bidang penyelidikan beliau ialah sejarah, sains politik dan hubungan antarabangsa. Beliau terlibat dengan beberapa penyelidikan yang berkaitan dengan sejarah, politik, kepimpinan dan good governance. Antaranya ialah
- Kajian Sejarah Kawasan Kejora, Tanjung Pengelih
- Sejarah Ekonomi Jepun di Johor
· Sejarah Perkembangan UTM
- Sejarah Ekonomi Johor
- Kajian Sosio-Ekonomi Masyarakat Luar Bandar: Kajian Kes di FELDA
- Kajian Pengurusan Sumber Manusia di UTM: Keperluan Kebajikan Staf
- Kajian Model Kampung Contoh: Penyelidikan Kontrak dengan INFRA
- Kajian Sejarah FPPSM, UTM [vot pengurusan 21000)
- Kajian Peranan dan Cabaran Belia Masa Depan
- Kajian Pembangunan Sungai Johor (Kerajaan Negeri Johor)
- Kajian Pembentukan Modul Pengajaran untuk Etika Kejuruteraan (IRPA)
- Kajian Keberkesanan Sekolah Agama di Negeri Johor (YPJ) – 2010.
- Kajian Integriti Kepimpinan Politik Melayu di Johor (IKLAS Yayasan Warisan Johor) 2008-2009
- Kajian Sejauhmana Pemimpin Politik Berintegriti dan Bersih Rasuah Dihargai Rakyat (Institut Integriti Malaysia) April 2009
- Kajian Persepsi di Kalangan Generasi Muda Terhadap Kepemimpin Politik dan Dasar-dasar Kerajaan di Negeri Johor (Kerajaan Negeri Johor) Mei 2010
- Kajian Kepuasan Pelanggan di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) April-Jun 2010.
- Kajian Keberkesanan Program Modul Keluarga Sakinah di Negeri Johor (YPKDT) – Jan-Jun 2011.
- Analisis Keberkesanan Penggerak Modul Keluarga Sakinah di Negeri Johor (YPKDT) – Mac – Jun 2011.
- Kajian persepsi rakyat terhadap aspek kesejahteraan hidup. (Yayasan Sumber Maklumat PWTC – IBS) Oktober – Disember 2010
- Kajian persepsi rakyat terhadap kepemimpinan kerajaan (UMNO) (Yayasan Sumber Maklumat PWTC – SRG) November 2010 – Januari 2011
- Kajian Kebahagiaan dan Keruntuhan dalam kalangan keluarga Islam di Johor (YPK Johor) 1 Februari 2012 – 30 Julai 2012
- Kajian Analisis Keperluan Latihan dan Pembangunan Kompetensi dalam kalangan staf di UTM (HCD) 1 Mac 2012 – 31 Ogos 2012
- Kajian Kepuasan Pelanggan di MPJBT 2000, 2012 dan 2014.
- Kajian Keperluan Pembinaan Taska dan Tadika di Nusajaya 2012.
- Kajian Keberkesanan Program IIM 2012-2013.
- Kajian Mobiliti Sosial Masyarakat India 2013.
- Kajian Persepsi Rakyat terhadap peranan SPR 2013.
- Kajian Institusi Keberkesanan SPR 2013.
- Kajian kecenderungan rakyat membuat pilihan dalam PRU-13 2013.
- Kajian 100 hari MB Johor “Suara Hati Johor” 2013.
- Kajian keberkesanan Program IRDA 2013.
- Kajian Kepuasan Pelanggan di Mahkamah Syariah Negeri Johor 2014.
- Kajian Integriti Peniaga Kecil IIM 2014.
- Kajian Kepimpinan PM Malaysia 2014.
- Kajian Kepuasan Staf di UTM 2014/2015.
- Kajian Indeks Kepuasan Rakyat Malaysia 2014/2015 dan 2015/2016.
- Kajian Persepsi Awam Terhadap Kementerian Pendidikan Tinggi dan Pendidikan Tinggi 2016.
Beliau juga terlibat sebagai perunding dan penyelidikan kontrak dengan:
- Yayasan Warisan Johor
- Kerajaan Negeri Johor
- Institut Integriti Malaysia
- Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor
- Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim
- Yayasan Sumber Maklumat PWTC
- Yayasan Pelajaran Johor
- Majlis Agama Islam Johor
- Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah.
- Institut Sumber Manusia Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia
- Institut Kepimpinan Dato Onn Jaafar (IKLAS)
Dalam aktiviti kemasyarakatan dan pentadbiran kerajaan, beliau pernah menganggotai beberapa buah persatuan termasuklah:
- Ahli Majlis Permuafakatan & Perpaduan Negeri Johor.
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Penulis Johor.
- Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah Johor.
- Setiausaha Surau Assyakirin Taman Universiti.
- Bekas Ahli Lembaga Koperasi UTM Berhad (KUTMB).
- Bekas Ahli Lembaga Koperasi Gabungan Antara Universiti (GAKUB).
- Bekas Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Cahaya Bahru.
- Bekas Timbalan Pengerusi PIBG Sekolah Agama UTM.