Program Intellectual Discourse
Apr 22, 2013
Disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad bin Darus, Pengerusi Majlis Profesor, UTM
Ringkasan:
Penubuhan sesuatu universiti adalah bertujuan bagi membantu pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan sesuatu tempat, negeri, negara dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan sejagat. Perkara ini jelas daripada pernyataan misi dan visi sesebuah universiti itu dan impak kewujudan universiti-universiti tersebut. Negara buat masa ini telah mempunyai lima university penyelidikan, empat universiti yang menekankan kepada kemahiran, beberapa universiti yang berfokus kepada aspek tertentu seperti pendidikan dan universiti-universiti komprehensif.
UTM yang bidang pengajian programnya berfokus kepada bidang kejuruteraan dan teknologi mempunyai sejarah yang cemerlang dari segi kemajuan akademik. Sejak ditubuhkan sebagai sebuah universiti dalam tahun 1975 lalu, UTM telah bergerak kehad pan dengan lancarnya sehingga berjaya mencapai status university penyelidikan dalam tahun 2010 lepas.
Kemajuan cemerlang UTM seharusnya juga memberi impak yang signifikan terhadap usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berteraskan kepada kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2020. Setakat mana kewujudan UTM di Johor Bahru telah menyumbang kepada kemajuan Johor Bahru dan Johor secara umunya? Sejauh mana pula kecemerlangan UTM dalam bidang kejuruteraan dan teknologi telah menyumbang dalam penjanaan ekonomi rakyat tempatan atau membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Pandangan bijaksana Y.Bhg Profesor semua adalah sangat diharap-harapkan dalam membincang perkara ini, di mana ia dapat menjana input-input penting bagi menyumbang kepada kemajuan negara dan kesejahteraan rakyat pada masa mendatang.
Sehubungan dengan itu, Majlis Profesor ingin mengalu-alukan kehadiran Y.Bhg Profesor serta semua staf akademik dan bukan akademik untuk menyertai dalam program ini.
PENGESAHAN KEHADIRAN
Sila hubungi Puan Khamisah Sulaiman, Pembantu Khas Kepada Pengerusi Majlis Profesor di talian +607-5530774 atau emel khamisah@utm.my untuk membuat pengesahan kehadiran sebaik-baiknya sebelum 09 Mei 2013.