W

Program Wacana Khas Majlis Profesor UTM : Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bersama YBhg Dato’ Wira Ayub bin Hj. Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanteras Jenayah, PDRM

Tempat: Dewan Sultan Iskandar UTM

Tarikh: 18 Disember 2013 (Rabu)

Masa: 2.30 petang

Pameran PDRM: 9.00 pagi (Ruang Legar DSI)

Semua WARGA KAMPUS dan WARGA JOHOR adalah di jemput hadir.

Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju dengan kesejahteraan rakyat sebagai fokus utama, pendekatan Model Baru Ekonomi telah digunakan oleh kerajaan. Antara faktor pemboleh penting dalam pendekatan ini ialah NKRA yang berkaitan dengan usaha menangani dan mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Pembunuhan kejam menggunakan senjata api dan senjata tajam, penculikan, penderaan terhadap kanak-kanak, penyalahgunaan laman sosial untuk tujuan penghinaan terhadap individu dan penglibatan kumpulan-kumpulan samseng dalam rompakan dan pembunuhan adalah di antara jenayah-jenayah yang terpaksa ditangani oleh agensi penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam.

Pihak kerajaan melalui agensi berkaitan telah melakukan pelbagai langkah dalam menangani dan mencegah jenayah dalam negara. Pemerkasaan agensi penguatkuasaan seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan lain-lain dilakukan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kemampuan dalam menangani jenayah yang kian bersifat lebih kompleks. Ini disebabkan oleh bertambahnya faktor penyumbang kepada berlakunya kes jenayah contohnya kesan negatif teknologi internet, kebanjiran pekerja asing daripada berbagai latar belakang sosial, desakan keperluan hidup dan kecanggihan teknologi.

Oleh itu penglibatan masyarakat dan semua penduduk negara ini dalam membantu mewujudkan kehidupan yang selamat dan aman adalah penting seperti yang diamalkan oleh banyak negara maju. Bagi mendapatkan maklumat terbaik mengenai peranan dan sumbangan yang boleh dilakukan oleh masyarakat bagi tujuan ini, maka satu wacana khas berjudul ” Jenayah dan Keselamatan Komuniti ” akan diadakan oleh UTM dengan kerjasama Jabatan Pencegahan & Pembanterasan Jenayah, PDRM Bukit Aman.

SasaranPeserta

Mahasiswa, Staf, Masyarakat setempat, Kauselor sekolah, Guru displin, YDP PIBG sekolah, Ketua masyarakat, KRT tempatan, Penghulu, Ketua Kampung, Ketua JKKK, pemimpin-pemimpin masyarakat, RELA, JPAM, Bahagian Keselamatan IPTA/IPTS serta segenap lapisan masyarakat negeri Johor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn. Khamisah bt. Sulaiman di talian: 07-5530774