+607-533 3003

corporate@utm.my

UTM CANSELERI GEM 2026

 

Majlis Anugerah Canseleri GEM 2026

Majlis Anugerah Canseleri GEM 2026 bakal berlangsung pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), bertempat di Dewan Kencanapuri, Pulai Springs Resort, bermula jam 2.30 petang dengan tema yang cukup istimewa, iaitu “Back to School”.

Majlis ini dianjurkan sebagai satu wadah untuk meraikan kecemerlangan, menghargai komitmen serta sumbangan warga Jabatan Canseleri dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Selain itu, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan warga jabatan.

Bertemakan “Back to School”, para hadirin berpeluang mengimbau kembali kenangan zaman persekolahan melalui gaya pemakaian yang kreatif, ceria dan penuh nostalgia. Tema ini diharapkan dapat mencetuskan suasana santai, menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis kepada semua yang hadir.

Sehubungan itu, semua warga Jabatan Canseleri yang telah mengesahkan kehadiran dijemput untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kaunter pendaftaran akan dibuka mulai jam 2.00 petang dan semua hadirin dimohon hadir lebih awal bagi memastikan kelancaran perjalanan majlis.

Ayuh bersama-sama kita raikan kecemerlangan, hargai kebersamaan dan cipta kenangan indah di Majlis Anugerah Canseleri GEM 2026!

GEM 2026 – Menghargai Kecemerlangan, Meraikan Kebersamaan!

https://drive.google.com/drive/folders/1LOS6j2SQMbORshjBoWqC4_P6tpAvBC4J?usp=drive_link

 

 

UTM Open Day

About Us

Our Devision

Strategic Priority

Publication

Contact Us

Quick Links