{"id":10814,"date":"2021-10-25T15:34:00","date_gmt":"2021-10-25T07:34:00","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/?p=10814"},"modified":"2021-11-22T15:37:41","modified_gmt":"2021-11-22T07:37:41","slug":"warga-utm-perlu-punyai-jati-diri-kukuh-naib-canselor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/2021\/10\/25\/warga-utm-perlu-punyai-jati-diri-kukuh-naib-canselor\/","title":{"rendered":"Warga UTM Perlu Punyai Jati Diri Kukuh \u2013 Naib Canselor"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>JOHOR BAHRU, 25 Okt<\/strong>. \u2013 Warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) wajib mempunyai jati diri kukuh dan ampuh bagi terus menggalas amanah yang diberikan dan memberikan yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Aspek penghayatan jati diri ini amat penting kerana staf berperanan untuk menggerakkan universiti ke arah menghasilkan modal insan yang berkualiti sekali gus dapat memacu pembangunan masa hadapan negara yang lebih mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts. Dr Ahmad Fauzi Ismail berkata pengertian jati diri adalah ciri yang unik dan istimewa (dari segi adat, budaya, bahasa, agama) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dan sebagainya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJati diri juga adalah perjuangan suci untuk mengangkat martabat penubuhan UTM itu sendiri sebagai salah satu platform melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkualiti,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dalam program bertajuk \u2018Menghayati Jati Diri Bersama Naib Canselor\u2019 yang disiarkan secara dalam talian pagi tadi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Datuk Fauzi dalam ucapannya turut menggariskan lima ciri jati diri dalam konteks warga UTM yang perlu difahami oleh setiap staf universiti ini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPertamanya kita perlu pastikan bahawa kita bertugas demi mencapai redha Allah SWT yang sudah tentunya menuntut untuk kita supaya lebih jujur dan berintegriti dalam melaksanakan kerja harian kita.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKeduanya staf perlu lebih berhikmah dan menonjolkan sifat kesarjanaan yang tinggi dalam membicarakan atau menulis sesuatu naskah ilmu yang bakal dijadikan panduan dan juga rujukan masyarakat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain tekal dan jelas dengan matlamat dan misi UTM, staf universiti juga perlu mendampingi dan menyantuni komuniti dengan budi bahasa yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni sesuai dengan fungsi kita sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan ilmu sains dan teknologi yang menjadi \u2018tiang seri\u2019 dalam pembangunan negara pada jangka masa panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi menjayakan agenda universiti untuk masyarakat yang sering diwar-warkan sebelum ini, warga UTM perlu memiliki citra seorang intelek awam dan mampu untuk memberikan syor bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat dan negara,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Datuk Fauzi lagi, semangat jati diri ini adalah selari dengan Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong ke-4.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Rukun Negara ini mempunyai lima prinsip iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPrinsip pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan adalah bertepatan dengan kehidupan beragama masyarakat Malaysia yang menganut agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Prinsip ini juga bertepatan dengan moto UTM itu sendiri iaitu \u2018Kerana Tuhan untuk Manusia\u2019 yang memberikan maksud menggunakan segala ilmu kepakaran kurniaan Tuhan untuk faedah manusia sejagat,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Prinsip-prinsip Rukun Negara yang lain seperti Kesetiaan kepada Raja dan Negara itu memberikan maksud setia kepada kepimpinan dan negara Malaysia dan boleh juga kepada organisasi yang dikhidmati seperti UTM.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cElemen seperti Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang juga merujuk kepada pematuhan dan hormat kepada undang-undang dan peraturan negara khasnya dan UTM amnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai staf yang berkhidmat di UTM dan juga rakyat Malaysia, mematuhi peraturan adalah perlu dan sebarang pelanggaran undang-undang pasti membawa implikasi buruk yang besar dan merosakkan nama baik institusi yang dikhidmati,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Warga UTM juga dituntut untuk menunjukkan perilaku yang baik selaras dengan elemen terakhir Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengingatkan pendengar sebelum mengakhiri ucapan, Datuk Fauzi mengulangi pesanannya berkaitan dengan jati diri di kalangan warga UTM. \u201cWajib untuk kita semua sebagai warga UTM khasnya untuk sentiasa menghayati semangat jati diri agar dapat sentiasa menyumbang yang terbaik untuk pembangunan dan kelestarian negara pada masa hadapan,\u201d katanya sebelum mengakhiri ucapan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/news.utm.my\/wp-content\/uploads\/2021\/10\/poster-majlis-bersama-NC.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-665746\"\/><\/figure>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 25 Okt. \u2013 Warga Universiti Teknologi Malaysia (UTM) wajib mempunyai jati diri kukuh dan ampuh bagi terus menggalas amanah yang diberikan dan memberikan yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara. Aspek penghayatan jati diri ini amat penting kerana staf berperanan untuk menggerakkan universiti ke arah menghasilkan modal insan yang berkualiti sekali gus dapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":74,"featured_media":10816,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"off","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10814","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-articles"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10814","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/users\/74"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10814"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10814\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10818,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10814\/revisions\/10818"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10814"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10814"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10814"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}