{"id":10740,"date":"2021-05-17T16:27:00","date_gmt":"2021-05-17T08:27:00","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/?p=10740"},"modified":"2021-11-17T16:32:16","modified_gmt":"2021-11-17T08:32:16","slug":"ises-harus-diterima-tanpa-syarat-oleh-warga-utm-naib-canselor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/2021\/05\/17\/ises-harus-diterima-tanpa-syarat-oleh-warga-utm-naib-canselor\/","title":{"rendered":"ISES harus diterima tanpa syarat oleh warga UTM \u2013 Naib Canselor"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/news.utm.my\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Program-Bual-Bicara-ISES-salah-satu-platform-penghayatan-ISES-untuk-staf-dan-pelajar-1024x600.jpg\" alt=\"\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>JOHOR BAHRU, 3 Mei<\/strong>&nbsp;\u2013 Empat nilai murni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian (ISES) seharusnya diterima oleh semua warga yang bekerja ataupun menuntut di universiti itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Ini bagi menghasilkan sebuah institusi pendidikan tinggi yang unggul, berdaya saing dan juga bergerak selaras dengan perubahan zaman.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata keempat-empat nilai ini bukan sahaja perlu diterapkan malah perlu diinstitusikan supaya kesemua nilai ini dapat dirasai dan dihayati oleh semua staf.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJumlah keseluruhan staf UTM dari kategori akademik dan bukan akademik hampir mencecah lima ribu orang.&nbsp; Dengan jumlah seramai ini, adalah penting untuk nilai ISES ini diinstitusikan supaya ianya dapat difahami oleh staf dari pelbagai kategori perkhidmatan ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian dalam Program Bual Bicara ISES : Hilangnya Nilai Murni dalam Organisasi. Peranan Amalan Nilai Teras anjuran UTM Kuala Lumpur yang dikendalikan secara dalam talian oleh&nbsp; moderator program, Datuk Dr. Norhafizah Musa, pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut berkenaan dengan nilai Integriti, Dr Ahmad Fauzi berkata nilai ini tidak hanya terhad kepada tidak amal atau tolak rasuah malah sebenarnya lebih dari itu.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila kita melaksanakan Pelan Pemupukan Nilai Organisasi, ia seharusnya boleh diukur, dipupuk dan juga diperkasakan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagaimana yang disebutkan dalam surah As-Saf ayat dua hingga tiga, diperkatakan bahawa \u2018Wahai orang-orang yang beriman, Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah \u2013 kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya,\u201d katanya sambil memetik ayat dari surah itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menceritakan mengenai ringkasan ayat ini, Prof Fauzi menjelaskan bahawa amat berat bagi seseorang beriman itu untuk tidak mengotakan apa yang dicakapkannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam ayat ini jelas mengatakan bahawa kalau tidak menunaikan janji itu ditakrifkan sebagai munafik.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cElakkan dari cakap tidak serupa bikin. Kita tidak mahu amalan ini berlaku di UTM.&nbsp; Maka dengan ini bolehlah kita anggapkan ayat ini adalah intipati kepada nilai murni integriti ini,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Ditanya mengenai nilai ISES yang menjadi teras UTM, Prof Fauzi berkata nilai yang dimaksudkan adalah Sinergi kerana ia terhasil dari kerja berpasukan, ikhlas serta amanah yang sememangnya menjadi gaya kerja setiap warganya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila sudah bekerjasama sebagai satu pasukan, maka kita akan dapat menangani segala masalah dan juga rintangan sekaligus melahirkan kecemerlangan sebab dapat lahirkan sesuatu yang unik dan juga progresif hasil dari kerjasama ini terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya lagi elemen terakhir iaitu kelestarian (sustainability) akan hadir apabila telah ada kesemuanya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cContoh elemen kelestarian ini adalah pada produk atau polisi yang lahir dari proses penyelidikan yang dijayakan penyeldik dari pelbagai latarbelakang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam menjayakan produk ataupun polisi yang kita hasilkan melalui kaedah penyelidikan ini sudah tentulah kita tidak akan melancarkan produk itu untuk tempoh singkat sebaliknya berusaha untuk jadikan ia sebagai legasi yang boleh dimanfaatkan oleh generasi akan datang,\u201d katanya lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelestarian adalah kesinambungan dan sememangnya diperlukan oleh sesebuah negara itu untuk komuniti dan juga bagi generasi masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/news.utm.my\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Program-bual-bicara-NC-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-355682\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ts Dr Ahmad Fauzi Ismail sedang memberikan syarahan secara dalam talian dari pejabatnya di Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM Johor Bahru.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/news.utm.my\/wp-content\/uploads\/2021\/05\/Program-bual-bicara-NC-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-355684\"\/><\/figure>\n\n\n\n<p>Moderator program, Datuk Dr Norhafizah Musa mengendalikan program secara dalam talian dari UTM Kuala Lumpur.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>JOHOR BAHRU, 3 Mei&nbsp;\u2013 Empat nilai murni Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian (ISES) seharusnya diterima oleh semua warga yang bekerja ataupun menuntut di universiti itu. Ini bagi menghasilkan sebuah institusi pendidikan tinggi yang unggul, berdaya saing dan juga bergerak selaras dengan perubahan zaman. Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ts Dr. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":74,"featured_media":10742,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"off","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[20],"tags":[],"class_list":["post-10740","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-articles"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10740","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/users\/74"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=10740"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10740\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":10744,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/10740\/revisions\/10744"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/media\/10742"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=10740"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=10740"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/vicechancellor\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=10740"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}