Segala puji hanya bagi Allah SWT yang menganugerahkan pelbagai nikmat dan kurniaan kepada seluruh hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, dengan barakah dan rahmat semangat hijrah menemukan manusia ke jalan hidayah, ukhuwwah dan kasih sayang. Risalahnya membuka rahmat kepada sekalian alam.

Dengan semangat Maal Hijrah 1438H yang bertemakan “UKHUWAH ISLAMIAH ASAS PENYATUAN UMMAH” wajar sama-sama dihayati oleh seluruh warga kerja Universiti Teknologi Malaysia. Asas ukhuwah Islamiah ini jelas ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan mereka yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dan mereka yang memberi tempat kediaman dan pertolongan maka merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Mereka memperolehi keampunan dan kurniaan yang mulia.” (al-Anfal, ayat 74)

Pengajaran penting yang kita perolehi ialah persaudaraan sebenar yang ditanam dalam diri setiap umat Islam sehingga perpecahan dan perbalahan sesama sendiri antara penduduk asal Madinah iaitu Aus dan Khazraj dapat diselesaikan serta persaudaraan antara anak tempatan Madinah yang dipanggil Ansor dengan umat Islam yang berhijrah dari Mekah yang digelar Muhajirin dapat disatukan dengan tuntas di atas dasar Islam yang berteraskan aqidah dan keimanan

Dalam konteks ini, UTM Myhome mengumpulkan semua warga kampus sebagai sebuah keluarga besar secara menyeluruh tanpa mengira status agama dan bangsa. Sifat ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’ perlu diamalkan iaitu mengaplikasikan kasih sayang secara menyeluruh tanpa pengecualian terhadap semua warga kampus. Amalan mesra dan menyantuni semua warga UTM, meliputi staf dan mahasiswa, tempatan dan luar negara terus kekal harum menyubur. Semangat Hijrah harus mengakar di jiwa kita dan dihayati dengan matlamat murni untuk menyumbang dan menggarap kecemerlangan UTM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang sentiasa relevan.

Islam mengajak kita bersatu, mara ke hadapan mendepani cabaran global secara kolektif. Ujian dan cabaran dalam memartabatkan maruah ummah untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti tidak mampu dilakukan oleh seorang individu tetapi memerlukan semangat kebersamaan dengan kesatuan yang kuat untuk merealisasikan semua impian sebagai universiti bertaraf dunia.

Hijrah juga membawa semangat penghijrahan rohani dan akhlak dari sikap yang buruk kepada sikap yang baik sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Orang Islam adalah apabila kaum Muslimin selamat dari lisan dan tangannya, dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah SWT kepadanya.”(Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan an-Nasa’i).

Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri berkaitan kuantiti dan kualiti amal ibadat serta keimanan kita kepada Allah SWT. Ini adalah kerana perubahan bulan dan tahun adalah selari dengan pertambahan umur yang semakin mendekatkan kita kepada kematian. Melakukan segala yang diredhai oleh Allah di dunia serta mempersiapkan bekalan akhirat merupakan objektif hijrah yang perlu dicapai oleh setiap insan.

Dengan semangat hijrah sempena kehadiran tahun baru, marilah kita memohon keampunan daripada Allah SWT dan memperbanyakkan doa supaya rehlah kehidupan kita   tahun 1438 Hijrah bertambah baik dan cemerlang sebagai insan mukmin yang muttaqin. Di kesempatan ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada seluruh warga UTM dan mendoakan agar sambutan Maal Hijrah 1438H ini dapat memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan warga UTM di bawah lembayung rahmat kemerdekaan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Salam MAAL HIJRAH, fi kulli am wa antum bi khair.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar

Naib Canselor

…………………..

MAAL HIJRAH ADDRESS 1438 H / OCTOBER 2, 2016

VICE-CHANCELLOR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 All praise be to Allah who has bestowed many favours and blessings to all His servants. Peace and blessings be upon Prophet Muhammad, Peace be Upon Him (PBUH), who with barakah and message of hijrah delivered mankind to the path of guidance, brotherhood and love. His message bringing deliverance and mercy to the entire world.

 The spirit of Maal Hijrah 1438H with the theme “ISLAMIC BROTHERHOOD IS THE FOUNDATION OF UNITY OF THE UMMAH” should be shared and embraced by the entire staff of Universiti Teknologi Malaysia. The basis of Islamic brotherhood is clearly shown in the Hijrah, or emigration, of the Prophet Muhammad PBUH from Mecca to Medina. The Word of God says, “And those who believe, and suffer exile and strive in the cause of Allah and those who gave shelter and aided them, verily they are the ones who truly believe. They obtain forgiveness and a gracious reward.”(Al-Anfal, verse 74)

 An important lesson that we can obtain from the Hijrah is of fraternity that has been instilled in every Muslim, as in the case of the Aus and Kharaj, the original inhabitants of Medina, whose feud was eventually resolved; as well as in the case of the Ansor who accepted the Meccan Muslim immigrants into their own ranks, under the banner of belief and faith.

 In this context, UTM My Home brings together the entire campus as a large family as a whole, irrespective of religion and race. The nature of ‘Rahmatan Lil ‘Alamin’, should be practiced through the sharing of love without exception to the entire campus community. Fraternity and respect towards all UTM staff, including staff and students, local and international, should always be ingrained in everything we do. The spirit of Hijrah must be rooted in our souls and thoroughly embraced with the noble aim being to contribute towards making UTM an institution of higher education that is always relevant.

 Islam teaches us to unite, to move ahead to face global challenges collectively. Trials and tribulations in consolidating the pride of the Ummah and to enhance quality and productivity cannot be overcome by an individual alone, but requires the spirit of togetherness, and strength in unity, to realise all our aspirations of being a world-class university.

 Hijrah also brings about a spiritual migration, of nobility of character, as is brought forward by Islam. Prophet Muhammad PBUH once said, “To become Muslim is when Muslims are safe in what they say and what they do, and those who emigrate are those who leave all that is forbidden by God to him.” (Reported by al-Bukhari, Abu Daud and an-Nasa’i).

 Therefore, let us reflect upon ourselves regarding the quantity and quality of our acts of worship and our faith in God. This is because changes in the months and years correspond with increasing age, that brings us closer and closer to returning to the Almighty. Doing all that is blessed by Allah in this world and preparing our souls for the Hereafter is the objective of the Hijrah, the emigration, that needs to be achieved by every human being.

 In the spirit of Hijrah that marks the Islamic New Year, let us ask for forgiveness from God and increase our prayers and supplications in the year 1438H to improve and excel as His servants, and as human beings. On this occasion, I, as well as my family, wish all citizens of UTM ‘Selamat Menyambut Maal Hijrah’, and pray that this Maal Hijrah 1438H can foster understanding and unity among the citizens of UTM under the banner of mercy, independence, and lasting prosperity. 

Salam MAAL HIJRAH, fi kulli am wa antum bi khair. 

 Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar

Vice-Chancellor

hijri-banner