Teknologi reaktor termaju berasaskan seramikBuku ini memberikan gambaran tentang teknologi seramik yang digunakan untuk pembinaan reaktor membran bagi tujuan penghasilan dan pemisahan bahan kimia, perkembangan reaktor mikro berasaskan seramik dan intergrasi kedua-dua konsep. Skor penulisan merangkumi asas tindak balas kimia, penggunaan pemangkin dalam teknologi reaktor, reaktor membran, reaktor mikro, pembuatan gentian geronggang untuk reaktor mikro dan reaktor membran, penggunaan reaktor termaju dan aplikasi reaktor termaju dalam teknologi sedia ada. Isi kandungan buku ini adalah berdasarkan jurnal antarabangsa yang telah diterbitkan dan tesis doktor falsafah dalam bidang yang dinyatakan. Teori asas seperti pembentukan seramik, tindak balas kimia, keterlarutan bahan dan aliran gas akan digunakan untuk menerangkan kebaikan teknologi seramik dalam tindak balas kimia. Buku ini mempunyai nilai-nilai ilmu dan kekuatan tersendiri lebih-lebih lagi dalam bidang teknologi daripada seramik. Penggunaan seramik masih belum digunakan begitu meluas pada masa kini. Diharapkan penerbitan buku ini mampu menjadi pelopor kepada perkembangan teknologi seramik dalam bidang reaktor termaju di Malaysia.