Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Beliau merupakan mantan Timbalan Pengarah Unit Dana Wakaf Pendidikan UTMKL dan sekarang menjalankan tugas Timbalan Pengarah, Pusat Islam, UTMKL dan Felo Penyelidik (Hadis, Halal dan Pengajian Islam) di Pusat Kajian Fiqh, Sains dan Teknologi UTM (CFiRST). Mendapat sarjana muda dalam bidang hadis dan pengajian Islam di Universiti Islam Madinah dan selepas itu menyambung pengajian di peringkat sarjana dan doktor falsafah dalam bidang hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau terlibat dalam bidang halal dan mempunyai sijil profesional iaitu Halal Eksekutif dan Halal Auditor. Tumpuan kajian beliau adalah dalam bidang pengajian Islam menjurus kepada isu-isu halal dan pengajian hadis. Beliau pernah menjadi panel penulisan buku JAKIM. Beliau turut terlibat dalam banyak penyelidikan dan penulisan.