Program Pengajian al-Quran: Inspirasi Memperkukuhkan Bacaan dan Membudayakan al-Quran

Program Pengajian al-Quran ini diwujudkan sebagai langkah memperkukuhkan bacaan al-Quran sambil membudayakan kitab suci ini dalam kalangan warga UTM dan masyarakat Malaysia. Selaras dengan salah satu objektif Pusat Islam UTM Kuala Lumpur, iaitu “Menyediakan Khidmat Kepakaran dan Rujukan dalam Hal Ehwal Islam”, program ini dirangka khusus untuk warga UTM dan masyarakat awam. Program ini dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkaliber serta berpengalaman, menjanjikan bimbingan berkualiti kepada para peserta.

Objektif Program

Penanaman Kecintaan kepada al-Quran
Menanamkan rasa cinta dan penghormatan yang mendalam terhadap al-Quran, khususnya dalam jiwa masyarakat.a warga UTM.

Pengenalan Huruf dan Tajwid
Memperkenalkan huruf-huruf al-Quran, makhraj, sifat-sifat huruf yang betul, serta hukum-hukum tajwid kepada masyarakat awam.

Bimbingan Bacaan yang Fasih
Membimbing peserta membaca al-Quran dengan fasih dan tepat mengikut kaedah yang sahih.

Penguasaan Teknik Bacaan dan Tarannum
Memberikan kemahiran dan pendedahan kepada peserta mengenai teknik sebutan, kaedah bacaan yang betul, serta seni tarannum al-Quran.