PERLAKSANAAN PROGRAM PEMBUDAYAAN AL-QURAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAMPUS KUALA LUMPUR
Program Pembudayaan Al-Quran adalah program tetap yang dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Kuala Lumpur sejak 2012 lagi. Ia ini meliputi program Tazkirah Mingguan di pusat-pusat tanggungjawab (PTJ) yang ditetapkan dan juga Tazkirah Perdana yang melibatkan semua staf UTMKL.
Tujuan program ini adalah seperti berikut:
- Membina jatidiri yang mulia di kalangan staf berteraskan nilai-nilai murni agama melalui penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah.
- Menambahkan ilmu pengetahuan sesuai dengan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
- Mengeratkan ukhwah di kalangan staf di setiap PTJ dan warga kampus keseluruhannya.
Melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 13/2014 bertarikh 28 April 2014, Program Pembudayaan Al-Quran telah dikategorikan sebagai program rasmi universiti. Berikut adalah petikan pekeliling berkenaan: “… kehadiran staf perlu direkodkan kerana jumlah jam kehadiran tersebut akan diambil kira sebagai sebahagian jumlah jam keperluan latihan staf. Mohon kerjasama pegawai PSM di setiap fakulti/Jabatan mendaftarkan dan mengemaskini kehadiran staf dalam Sistem Maklumat Latihan (UTMSMILE). Sehubungan sengan itu, Pusat Islam UTM dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Modak Insan (HCD), Pejabat Pendaftar akan bekerjasama dalam memastikan pelaksanaan program ini dijayakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan…”
Di UTM Kuala Lumpur, program Pembudayaan Al-Quran dilaksanakan pada hari RABU bermula pukul 8:30 pagi hingga 9:30 pagi, seperti berikut:
- Minggu Pertama: Tazkirah Mingguan di PTJ (Tafsir Al-Quran).
- Minggu Kedua: Tazkirah Mingguan di PTJ (Hadith Nabi).
- Minggu Ketiga: Tazkirah Perdana di Masjid UTMKL atau di Dewan.
- Minggu Keempat: (tiada, bagi memberi laluan kepada Program Senamrobik)
- Minggu Kelima (jika ada) Tazkirah Mingguan di PTJ
Adalah diharapkan agar semua ketua-ketua PTJ memberikan penerangan kepada staf berkaitan program ini dan memastikan waktu yang dinyatakan di atas (iaitu tiap-tiap Rabu jam 8:30-9:30 pagi) dikhususkan untuk program Pembudayaan Al-Quran.
Bagi Tazkirah yang diadakan di PTJ, lokasi tazkirah adalah seperti berikut:
BIL | TEMPAT TAZKIRAH | PUSAT-PUSAT TANGGUNG JAWAB |
1 | Dewan Jumaah |
|
2 | Bilik Seminar 2, Aras 3 PSZ |
|
3 | Dewan Seminar, Menara Razak |
|
4 | UTM Holding |
|
5 | Pejabat Bendahari |
|
Kami amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan komen bagi menambahbaik lagi program ini. Sama-sama kita doakan moga usaha ini diberkati dan mendatangkan manfaat yang sangat baik untuk UTM dan warganya. Untuk sebarang maklumbalas, sila hubungi: Ustazah Shaharina binti Shaharuddin, Pegawai Hal Ehwal Islam (03-22031610 / 019-6743954 atau emel shaharina.kl@.Sekian, terima kasih.