Program Pembangunan Asnaf – Glamping Camp 1.0

3 – 5 Oktober 2025 | Usima Forest Resort, Melaka.

Alhamdulillah, Program Pembangunan Asnaf – Glamping Camp 1.0 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 – 5 Oktober 2025 di Usima Forest Resort, Melaka.
Program anjuran Pusat Islam UTM ini menghimpunkan peserta daripada kalangan penerima bantuan zakat mahasiswa UTM — meliputi pelajar Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Sepanjang program, para peserta bukan sahaja menikmati suasana program yang santai, malah turut mengikuti pelbagai aktiviti pembangunan diri, ukhuwah dan motivasi yang bermanfaat.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diraih menjadi bekalan untuk terus cemerlang dalam pengajian dan kehidupan
UTM Open Day