Berdasarkan arahan yang dikeluarkan oleh JAWI pada 10 Jun 2020, pelaksanaan solat berjemaah 5 waktu dan Solat Jumaat di Masjid UTMKL perlu dielakkan memandangkan Masjid UTMKL termasuk dalam kawasan Zon Kuning dalam kategori kesiapsiagaan menghadapi Covid-19.

Oleh demikian pihak Pusat Islam UTMKL memohon berbanyak maaf kepada seluruh komuniti Masjid UTM kerana tidak dapat membuka Masjid UTMKL bagi solat berjemaah sehingga kami mendapat kebenaran dari pihak JAWI.

Insyaallah, kami akan membuat pemakluman dari masa ke masa berkaitan ketetapan yang dibuat oleh pihak berkuasa agama.

Bersama-sama kita berdoa agar situasi wabak Covid-19 ini semakin terkawal terutama di sekitar UTMKL bagi membolehkan kita kembali melaksanakan ibadah di Masjid UTMKL seperti biasa.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Penolong Pengarah
Pusat Islam UTMKL
12 Jun 2020