{"id":1334,"date":"2013-05-31T02:00:35","date_gmt":"2013-05-31T02:00:35","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/?page_id=1334"},"modified":"2013-05-31T02:02:37","modified_gmt":"2013-05-31T02:02:37","slug":"tafsir-surah-al-fatihah-bahagian-i","status":"publish","type":"page","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/ask-imaam-2\/al-quran-hadith\/tafsir-surah-al-fatihah-bahagian-i\/","title":{"rendered":"TAFSIR SURAH AL-FATIHAH (Bahagian I)"},"content":{"rendered":"<h2><span style=\"text-decoration: underline\"><strong>PENGENALAN<\/strong><\/span><\/h2>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong><span style=\"color: #9900cc\">NAMA LAIN SURAH AL-FATIHAH<\/span><\/strong><\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>1) As-Solah (Solat)<\/strong><\/span><\/p>\n<p><span style=\"color: #000000\"> \u00a0 \u00a0&#8211; Allah Taala berfirman dalam hadis Qudsi &#8221; Aku membahagi solat di antara Aku dan hambaku-Ku menjadi dua bahagian&#8230;&#8221;<\/span><\/p>\n<p>&#8211; Yang dimaksudkan dengan solat itu adalah al-Fatihah<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>2) Al-Hamd (Pujian)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Kerana di dalam surah ini disebutkan al-Hamd (pujian), sebagaimana dikatakan surah al-A&#8217;raf, al-Anfaal, at-Taubah dan yang lainnya<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>3) Fatihatul Kitab (pembuka al-Kitab)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Nama ini tiada perselisihan pendapat di kalangan para Ulama&#8217;.<\/p>\n<p>&#8211; Surah ini dinamakan Fatihatul Kitab kerana bacaan lafaz al-Quran diawali dengan surah ini, tulisan mushaf diawali dengan surah ini, dan solatpun diawali dengan surah ini.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>4) Ummul Kitab (Induk segala kitab)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Walaupun ada perselisihan pendapat di kalangan ulama&#8217; seperti Anas, Hasan dan Ibnu Sirin , namun ianya di bolehkan oleh jumhur.<\/p>\n<p>&#8211; Anas dan Ibnu Sirin berkata, &#8220;Ummul Kitab adalah nama al-Lauh al-Mahfuz. Allah Taala berfirman yang bermaksud : &#8220;Dan sesungguhnya al-Qur&#8217;an itu dalam induk al-Kitab (al-lauh al-Mahfuz)&#8221; &#8211; Az-Zhukhruf (43):4<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>5) Ummul Quran ( Induk al-Quran)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Menurut satu pendapat, surah ini dinamakan Ummul Qur&#8217;an kerana ia adalah awal al-Quran, dan mencakupi semua hukum-hukum yang terkandung dalam al-Quran. Kerana itu jugalah mekah dikenali sebagai Ummul Qura&#8217; kerana ia adalah awal bahagian bumi dan dari sanalah bumi dibentangkan.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>6) Al- Mathani (yang diulang-ulang)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; kerana surah ini dibaca secara berulang kali pada setiap rakaat .<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>7) Al-Quran al-A&#8217;zhim (Al-Quran yang agung)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Surah ini dinamakan al Quran al-&#8216;Azhim kerana surah ini mencakupi keseluruhan pengetahuan\u00a0al-Quran.<\/p>\n<p>&#8211; Surah ini juga mencakupi sanjungan kepada Allah lengkap dengan sifat-sifat kesempurnaan dan kemuliaanNya, perintah untuk beribadah dan ikhlas kepadaNya, pengakuan atas ketidakmampuan untukmelakukan apapun kecuali dengan pertolonganNya dan permohonan bantuan yang dipanjatkan kepadaNya agar ditunjukkan kepada jalan yang lurus.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>8) Asy-Syifa&#8217; (Penawar)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Ad-Darimi meriwayatkan dari Abu Sa&#8217;id al-Khudri, dia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda dengan mksudnya : &#8220;Al-Fatihah adalah penawar semua racun&#8221;.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>9) Ar-Ruqyah\u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Nama ini tercantum dalam hadis Abu Sa&#8217;id al Khudri di mana dalam hadith ini dinyatakan bahawa rasulullah s.a.w bersabda kepada seseorang yang sedang mengubati pemimpin suatu kaum : &#8220;Siapa yang memberitahukan kepadamu bahawa al-Fatihah itu ruqyah?&#8221; Orang itu menjawab, &#8220;Ya Rasulullah, itu adalah sesuatu yang aku tanamkan dalam kesedaranku.&#8221; Hadis ini diriwayatkan oleh para Imam.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>10) Al-Asas (asas)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Seorang lelaki mengeluh sakit pinggang kepada Asy-Sya&#8217;bi. Sya&#8217;bi kemudian berkata, &#8220;Bacalah olehmu asas al-Quran iaitu Fatihatul Kitab (surah al-Fatihah). Sebab aku pernah mendengar Ibnu Abbas berkata,&#8221;Segala sesuatu itu mempunyai asas, dan asas dunia adalah Mekah, kerana dunia dibentangkan darinya&#8230;.&#8221;<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>11) Al- Waafiyah (yang lengkap)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Kerana al-Fatihah itu tidak dapat dibahagi-bahagi atau dipotong-potong. Seandainya seseorang membaca al-Fatihah di satu rakaat, kemudian dia membaca di rakaat maka hal itu tidak dianggap suku. Seandainya surah al-Fatihah dibahagi dua untuk dua rakaat, maka hal itu tidak diperbolehkan.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>12) Al- Kafiyah (yang cukup)<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&#8211; Yahya bin Abi kathir berkata, &#8220;Kerana surah al-Fatihah itu dapat mencakupi (maksudnya dapat menggantikan) surah yang lainnya, sedangkan surah yang lainnya tidak dapat mencukupinya.<\/p>\n<p><span style=\"color: #0000cc\"><strong>\u00a0 \u00a0<\/strong><\/span><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PENGENALAN &nbsp; NAMA LAIN SURAH AL-FATIHAH 1) As-Solah (Solat) \u00a0 \u00a0&#8211; Allah Taala berfirman dalam hadis Qudsi &#8221; Aku membahagi solat di antara Aku dan hambaku-Ku menjadi dua bahagian&#8230;&#8221; &#8211; Yang dimaksudkan dengan solat itu adalah al-Fatihah 2) Al-Hamd (Pujian) &#8211; Kerana di dalam surah ini disebutkan al-Hamd (pujian), sebagaimana dikatakan surah al-A&#8217;raf, al-Anfaal, at-Taubah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10900,"featured_media":0,"parent":124,"menu_order":0,"comment_status":"open","ping_status":"closed","template":"","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"class_list":["post-1334","page","type-page","status-publish","hentry"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1334","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/types\/page"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10900"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1334"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/1334\/revisions"}],"up":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/pages\/124"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/islamic-center-kl\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1334"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}