{"id":9270,"date":"2021-12-21T12:32:01","date_gmt":"2021-12-21T04:32:01","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/?p=9270"},"modified":"2021-12-28T19:59:08","modified_gmt":"2021-12-28T11:59:08","slug":"membina-kerjaya-persuratan-menterjemah-kembara-ilmu-di-casis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2021\/12\/21\/membina-kerjaya-persuratan-menterjemah-kembara-ilmu-di-casis\/","title":{"rendered":"Membina Kerjaya Persuratan: Menterjemah Kembara \u2018Ilmu di CASIS"},"content":{"rendered":"\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"315\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/02\/10th-Anniversary-Emblem-Landscape-1-1024x315.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8886\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/02\/10th-Anniversary-Emblem-Landscape-1-980x302.jpg 980w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/02\/10th-Anniversary-Emblem-Landscape-1-480x148.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-cyan-bluish-gray-color\">Renungan Sempena Ulang Tahun ke-10 RZS-CASIS<\/span><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><span class=\"has-inline-color has-cyan-bluish-gray-color\">By Muhammad Syukri Rosli, M.Phil CASIS (2016)<\/span><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-cyan-bluish-gray-color\">[Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, <a href=\"http:\/\/akademijawi.my\" data-type=\"URL\" data-id=\"http:\/\/akademijawi.my\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Akademi Jawi Malaysia (AJM)]<\/a><\/span><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-vivid-red-color\">\u062c\u06a9\u0647\u0646\u062f\u0642 \u0645\u06a0\u0646\u0644 \u0627\u0648\u0631\u06a0 \u0628\u0631\u0628\u06a0\u0633\u0627&nbsp;<\/span><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-vivid-red-color\">\u0644\u064a\u0647\u062a\u0644\u0647 \u06a4\u062f \u0628\u0648\u062f\u064a \u062f\u0627\u0646 \u0628\u0647\u0627\u0633<\/span><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong>\u0762\u0648\u0631\u064a\u0646\u062f\u0645 \u062f\u0648\u0627 \u0628\u0644\u0633\u060c \u0631\u0627\u062c \u0639\u0644\u064a \u062d\u0627\u062c<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Barangkali permulaan kembara ke\u2018ilmuan saya di Pusat Pengajian Tinggi Islam dan Peradaban (CASIS) sebenarnya bermula sewaqtu saya belajar di University of Adelaide, Australia sekitar tahun 2008 lagi. Ia bermula dengan permasalahan jiwa dan fikiran yang menggesa saya melakukan kembara \u2018ilmu dan ruhani. Permasalahan jiwa dan fikiran yang saya maqsudkan di sini ialah mengenai perso\u2019alan ma\u2018na diri \u2013 kenapakah aku hidup, kenapakah aku belajar tinggi, kenapakah aku berada di perantauan ini?&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perantauan yang sunyi itu, saya banyak menghabiskan masa di sudut yang tidak ramai manusia berbual bicara. Di Barr Smith Library, antara perpustakaan universiti yang tertua di benua Australia, saya mendapat sedikit ruang untuk menela\u2018ah sendiri \u2013 ditemani buku-buku mengenai pengajian Melayu yang dikarang oleh para orientalis terkemuka. Kononnya pada waqtu itu, saya ingin mengenali diri saya yang berbangsa Melayu-Islam dengan membaca karya-karya \u2018ilmiyyah yang mengkajinya secara objektif. Walaupun Wilkinson dan Winstedt banyak bercerita tentang bahasa, bangsa dan budaya saya, tetapi mereka seolah-olah tidak melegakan dahaga ma\u2018na yang saya deritai selaman ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/Syukri-1-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9364\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/Syukri-1-980x735.jpg 980w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/Syukri-1-480x360.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><figcaption>Pameran Jawi ketika Symposium Antarabangsa Syed Muhammad Naquib al-Attas, Februari 2020<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Maka datanglah suatu hari itu, di celah-celah kelapangan jadual kelas petroleum dan kaji bumi, saya mengambil kesempatan ini untuk berada dalam surau pelajar di tingkat teratas Union Building. Istimewanya di sini, ada beberapa rak buku dan terdapat buku-buku yang disusun pada 1-2 tingkatnya. Maka pada rak buku ini, saya temukan buku <em>Islam and Secularism<\/em> karya Syed Muhammad Naquib al-Attas terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), terbit tahun 1978. Bukunya masih bersih, barangkali tidak dibaca lagi. Saya menyelak-nyelak muka suratnya dan mendapati ia suatu bacaan yang menarik untuk dibaca \u2013 tentunya untuk menjawab banyak perso\u2019alan yang bermain dalam fikiran dan jiwa. Maka saya \u201cmeminjam\u201d buku ini untuk dibaca.<\/p>\n\n\n\n<p>Bukan mudah untuk membaca buku Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas jika kita tidak mempunyai latar belakang pemikiran, sejarah dan falsafah. Apatah lagi bahasa Inggerisnya juga bukan sebarang. Malah dalam bab pertama buku ini, Prof menjelaskan mengenai latar belakang pengsekularan peradaban Barat \u2013 yang sudah tentu saya langsung tidak terdedah dengan perbicaraannya. Pun begitu, saya cuba bersabar dan tabah membaca baris demi baris, sungguhpun agak berat untuk difahami. Buku yang asalnya bersih itu kini dipenuhi dengan catatan dan tanda-tanda apabila saya \u201cpulangkan\u201d kembali ke raknya beberapa bulan kemudian.<\/p>\n\n\n\n<p>Apabila saya pulang ke tanah air pada tahun 2010, saya mendapat tahu Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) bakal menganjurkan Colloqium on Syed Muhammad Naquib al-Attas di MAS Academy, Kelana Jaya. Di sinilah saya mendapat peluang untuk pertama kali mendengar sharahan langsung daripada Prof. dan anak-anak muridnya sendiri. Sudah tentu, sebagai seorang pencari ma\u2018na, menghadiri majlis ke\u2018ilmuan ini sangat memberi ma\u2018na. Lebih-lebih lagi dapat menyaksikan dengan mata kepala sosok tubuh Prof al-Attas pada sesi sebelah malam dan bagaimana beliau menyampaikan sharahannya. Menghadiri majlis sebegini, sungguhpun hanya satu hari sahaja, menjadi satu permulaan penting dalam perjalanan ke\u2018ilmuan saya pada hari-hari mendatang.<\/p>\n\n\n\n<p>Bermula tahun 2011, HAKIM menganjurkan siri Wacana Pandangan \u2018Alam Islam (WISE) buat julung-julung kalinya dan menampilkan 24 mata kuliah dan diadakan setiap hari Sabtu selama satu tahun di Institut Integriti Malaysia. Pengajian di WISE, selain daripada membuka pemahaman mengenai intisari penting pandangan \u2018alam seperti yang digagaskan oleh Prof. al-Attas, bahkan membuka peluang untuk saya berkenalan lebih rapat dengan para guru-pensharah dan juga para peserta lain yang kini menjadi sahabat-sahabat aqrab saya. Setiap kali waqtu rehat antara kuliah, di meja bulat di belakang kelas dengan sajian hangat minuman pagi, peluang untuk duduk sekali dengan pensharah dan peserta yang lebih ber\u2018ilmu tidak saya lepaskan. Kadangkala selepas kelas WISE tamat, kami dalam kalangan peserta bersama-sama berkumpul dan meneruskan perbincangan mengenai isi kuliah sambil makan tengah hari.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengalaman ke\u2018ilmuan dan bertemu dengan insan-insan yang mempunyai cita yang mendalam terhadap \u2018ilmu benar-benar mengubah hala kehidupan saya. Sebenarnya, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk berbicara mengenai perso\u2019alan-perso\u2019alan ma\u2018na diri, ataupun menyusun kefahaman agar ia berma\u2018na bukan sahaja kepada diri, tetapi selari, selaras dan sederap pula dengan agama Islam dan peradaban kita sendiri. Oleh itu, dalam mengenang kembali permulaan perjalanan ke\u2018ilmuan ini, rupanya ialah suatu persediaan untuk kembara ke\u2018ilmuan yang lebih besar.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada suatu malam, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud menjemput para pelajar persuratan dan bahasa Melayu ke rumahnya untuk berkenal-kenalan dan menanyakan apakah rencana masa hadapan. Sewaqtu peluang bertanya dibuka oleh guru kami, saya lantas bertanya dalam mafhum berikut: \u201cJika diberi peluang, bolehkah pengembaraan ke\u2018ilmuan ini diterjemahkan dalam bentuk kerjaya \u2013 barangkali dengan membangunkan rumah penerbitan?\u201d Prof. Wan menjawab sudah tentu dan beliau menasihatkan saya untuk membaca dengan mendalam mengenai penerbitan dalam pembinaan budaya \u2018ilmu dalam karya besarnya \u2013 <em>Budaya \u2018Ilmu<\/em>. Dalam pertemuan itu jugalah, Prof. Wan menyeru kami semua untuk menjadikan kembara ke\u2018ilmuan kami masing-masing secara rasmi di peringkat pengajian tinggi di institusi yang baru beliau asaskan iaitulah di Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban atau Centre for Advanced Studies for Islam, Science and Civilisation (CASIS). Shahdan, saya menyahut seruan ini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"720\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/image-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9274\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/image-5.png 960w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/image-5-480x360.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) 960px, 100vw\" \/><figcaption>Bersama rakan-rakan turut sama menjayakan Akademi Jawi Malaysia<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Maka pada tahun 2012, saya memulakan kembara ke\u2018ilmuan rasmi saya di CASIS. Malah, pada waqtu itu jugalah saya baru beberapa bulan menubuhkan Klasika Media (kini dikenali dengan Akademi Jawi Malaysia), sebuah sharikat swasta yang menumpukan pengkajian, penerbitan dan perundingan khazanah persuratan Jawi. Tidak mudah sebenarnya untuk belajar dan pada masa yang sama mengemudi sebuah perniagaan yang baharu hendak bertumbuh. Ini disebabkan saya perlu mengimbangkan antara tuntutan kelas dan tugasan di CASIS, dengan perniagaan Klasika Media yang pada waqtu itu saya masih lagi menguruskannya sendiri tanpa pasukan. Pun begitu, kesulitan mengimbang antara tuntutan \u2018ilmu dan kerjaya inilah yang sebenarnya membentuk disiplin dan kemahiran hidup yang tinggi.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>&nbsp; Di CASIS, antara mata kuliah yang sangat penting dan memberi kesan bagi saya ialah Worldview and Epistemic Framework yang diajar sendiri pengasas dan pengarah CASIS, Prof. Dr. Wan Mohd Nor. Mata kuliah ini menggesa kami untuk membaca pelbagai karya ke\u2018ilmuan dari pelbagai pandangan \u2018alam, peradaban dan tokoh-tokoh pentingnya. Mata kuliah ini menyedarkan saya mengenai pandangan \u2018alam yang melatari kerangka pemikiran dan binaan peradaban sesuatu bangsa. Prof. Dr. Wan amat menekankan kami mengetahui perihal yang halus-halus yang tersirat dalam sesuatu pemikiran agar kita menjadi lebih beringat-ingat dalam mendepani sesuatu cabaran pemikiran. Yang paling penting ialah kami kenal dengan sebenar-benar kenal pandangan \u2018alam Islam yang menjadi pasak ketamadunan dan ma\u2018na diri kita. Dengan mata kuliah ini, saya berasa lebih yaqin dengan diri dan lebih mengetahui mengenai pelbagai cabaran pemikiran yang sedang dan bakal dihadapi.<\/p>\n\n\n\n<p>Mata kuliah seterusnya ialah Research Methodology yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman. Prof. Zainiy sangat menekankan perihal disiplin dan himmah dalam menuntut \u2018ilmu. Kami ditekankan mengenai adab pengurusan masa, keutamaan \u2018ilmu berbanding hal-hal lain, dan ketelitian dan kesungguhan \u2018ilmu sungguhpun dalam membuat tugasan (<em>assignment<\/em>). Sebagai nota tambahan, hingga hari ini, masih tegap dalam qalbu saya apabila Prof. Zainiy menghuraikan mengenai konsep \u201cBahasa Jawi\u201d seperti yang diungkapkan oleh N\u016br al-D\u012bn al-R\u0101n\u012br\u012b dalam <em>La\u1e6d\u0101\u2019if al-Asr\u0101r<\/em>, iaitulah kajian Ph.D. beliau di ISTAC yang telah diterbitkan oleh penerbitan UTM. Mata kuliah yang bagi saya sangat memberi kesan ialah mengenai <em>Malay History and Historiography <\/em>oleh Prof. Tatiana Denisova. Daripada mata kuliah beliau, saya mengetahui mengenai sumber-sumber penting dalam sejarah dan pensejarahan Melayu dan apakah kemahiran yang perlu dikuasai untuk meneroka sumber-sumber itu. Arakian, kemahiran daripada tunjuk ajar Prof. Zainiy dan Prof. Tatiana kami gunakan dalam kerja sehari-hari kami di Akademi Jawi Malaysia kini.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"577\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-2-1024x577.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9366\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-2-1024x577.jpg 1024w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-2-980x553.jpg 980w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-2-480x271.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><figcaption>Ketika di dalam kelas di RZS-CASIS<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Satu pembelajaran berharga yang saya perolehi di CASIS ialah pengajian Bahasa \u2018Arab. Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah mengajar kami untuk membaca, memahami dan menterjemah naskhah bahasa \u2018Arab Klasik. Saya berpeluang menterjemahkan bahagian \u2018Ilm al-Lis\u0101n daripada <em>I\u1e25\u1e63\u0101\u2019 al-\u2018Ul\u016bm<\/em> al-Far\u0101b\u012b di bawah bimbingan beliau. Di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Khalif Muammar, kami diajar Matn al-Ajurrumiyyah dari mula hingga habis dan ia membina kefahaman na\u1e25u dan i\u2018rab saya. Dengan Dr. Syamsuddin Arif, saya berpeluang belajar mengenai \u2018ilmu \u1e63araf bahasa \u2018Arab \u2013 dan menarik untuk disebut di sini, Dr Syamsuddin hanya akan mengajar kelasnya dalam bahasa \u2018Arab sahaja, tanpa berbicara dalam bahasa-bahasa lain. Di bawah tunjuk ajar Dr. Suleiman Boayo, kami diajar kemahiran berbahasa dan melembutkan lidah untuk berbicara dalam bahasa \u2018Arab.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada kelas-kelas rasmi, kami sebagai pelajar di CASIS juga berpeluang untuk menghadiri dan menguruskan sharahan-sharahan \u2018umum melibatkan \u2018ilmuwan besar dan juga hadirin yang datang dari pelbagai latar belakang. Maka pengalaman yang saya fikir tidak akan didapati di mana-mana tempat lain ialah peluang kami berkhidmat untuk menjayakan majlis \u2018ilmu Saturday Night Lecture yang diadakan sebulan sekali setiap Sabtu malam. Besarlah hati kami sebagai seorang murid dapat berpeluang menyediakan segala keperluan untuk kelancaran majlis ini \u2013 di samping bekerja secara berpasukan dengan sahabat-sahabat sepengajian yang berasal dari pelbagai latar negara. Adapun Saturday Night Lecture sepanjang saya menuntut \u2018ilmu di CASIS disampaikan oleh mahaguru kami iaitu Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil pembelajaran kami di CASIS perlu diterjemahkan dalam bentuk tesis bagi melayakkan gelaran sarjana falsafah diperoleh. Untuk saya, ia diterjemahkan dalam bentuk tesis sarjana yang dikarang dalam bahasa Melayu dengan judul \u201cIslamisasi Bahasa Melayu dan Pengaruh Tradisi Ke\u2018ilmuan Bahasa Islam dalam Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (1808-1873M)\u201d di bawah seliaan Prof Madya Khalif Mu\u2019ammar. Gerak daya penulisan tesis ini sebenarnya hanya berlaku sewaqtu beberapa bulan terakhir tempoh pengajian saya berakhir dan judul inipun dimu\u2018tamadkan betul-betul sebelum ia dihantar untuk diperiksa. Prof. Madya Dr. Khalif sangat banyak membantu penulisan saya dan beliau sanggup meluangkan masa di luar waqtu pejabat untuk duduk bersama memeriksa hasil tulisan tesis saya itu. Saya masih ingat lagi sebelum sesi <em>viva voce<\/em>, Prof. Madya Dr. Khalif memanggil saya ke dalam biliknya dan meminta saya meminta saya membentangkan mengenai tesis saya di hadapannya. Banyak jugalah perkara yang saya perlu perbaiki betul-betul sebelum sesi <em>viva voce<\/em> berlaku.<\/p>\n\n\n\n\n\n<p>Tesis sarjana falsafah saya diperiksa oleh Prof. Dr. Tatiana Denisova dan Prof. Madya Dr. Zariat Abdul Rani dan pengerusi <em>viva voce<\/em> ialah Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud. Pada 28 Mac 2016 di Bilik Viva 1, Aras 2 Menara Razak, UTM KL, saya diminta untuk membentangkan latar perso\u2019alan penyelidikan, qa\u2018idah pengkajian dan hasil dapatan pengajian dan penyelidikan saya dalam tempoh 20 minit. Sudah tentu rasa gementar dapat dirasa apabila berhadapan dengan para pemeriksa dan yang juga guru yang mengenal diri ini \u2013 luar dalam. Antara ulasan yang dikemukakan oleh pemeriksa ialah saya masih perlu memperbaiki sudut permas\u2019alahan kajian \u2013 supaya dapat meyaqinkan pembaca \u2018ilmiyyah&nbsp; kenapakah kajian saya ini penting dan perlu dilakukan. Satu lagi ulasan, yang saya kira amat penting untuk dikongsi iaitu mengenai bahagian penghargaan tesis yang perlu dikarang dengan teliti. Prof. Dr. Wan Mohd Nor menegur saya supaya betul-betul dan beradab menulis penghargaan, sungguhpun di dalam tesis, kerana di situlah terletaknya peng\u2018itirafan tentang siapa yang telah memberi sumbangan dan membantu menyiapkan kerja ke\u2018ilmuan ini. Saya mengakui dan membetulkannya. Selesai pembentangan, saya diminta keluar sebentar dari bilik. Penantian beberapa minit itu jujurnya mendebarkan. Apabila dipanggil balik, pengerusi, pemeriksa dan penyelia tersenyum dan mengucapkan tahniah dan perlu membuat pembetulan ringkas dalam tempoh dua minggu sebelum menjilidkan tesis.<\/p>\n\n\n\n<p>Kelulusan Sarjana Falsafah yang saya perolehi dari CASIS ini bagi saya ialah sebenarnya ialah permulaan kembara baharu dalam peneguhan ma\u2018na diri saya. Jika sebelum ini saya hanya pencari yang tanpa apa-apa kelulusan berkaitan, kini pengembaraan saya dalam dunia ke\u2018ilmuan dan keusahawanan ialah sebagai seorang graduan CASIS \u2013 yang perlu menjaga nama baik guru-guru saya dan juga madrasah yang saya mendapat manfa\u2018at besar daripadanya. Atas limpah ni\u2018mat daripada Allah, kesan pengajian saya di CASIS terzahir dalam ikhtiyar usaha kami membangunkan Akademi Jawi Malaysia yang berteraskan pandangan \u2018alam Islam dan diusahakan sebagai usahaniaga yang berdiri atas kaki sendiri.<\/p>\n\n\n\n<p>CASIS telah menemukan saya dengan para guru dan juga sahabat yang sangat membantu dan mengambil berat tentang saya, bukan sahaja dalam bentuk ke\u2018ilmuan, bahkan termasuklah kehidupan saya. Bagi saya, pengalaman di CASIS ialah pengalaman yang mengubah kehidupan, barangkali tidak akan dapat di mana-mana. CASIS telah membina suatu keyaqinan dan keberanian untuk saya berjuang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Keyaqinan dan keberanian ini tentulah bersandarkan \u2018ilmu yang benar serta tradisi ke\u2018ilmuan yang berakar kukuh dalam ketamadunan Islam&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-9370\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-4-980x653.jpg 980w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/syukri-4-480x320.jpg 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) and (max-width: 980px) 980px, (min-width: 981px) 1024px, 100vw\" \/><figcaption>WISE Summer School, 2019 dalam sesi perkongsian tentang Bahasa Jawi<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>Muhammad Syukri bin Rosli<\/strong> merupakan graduan Sarjana Falsafah di RZS-CASIS pada tahun 2016, dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, <a href=\"http:\/\/akademijawi.my\" data-type=\"URL\" data-id=\"http:\/\/akademijawi.my\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Akademi Jawi Malaysia (AJM)<\/a>, pengasas rumah percetakan <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/KMtukangbuku\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/www.facebook.com\/KMtukangbuku\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Tukang Buku Sdn Bhd<\/a> dan penerbitan, <a href=\"https:\/\/klasikamedia.com\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/klasikamedia.com\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Klasika Media<\/a>. Beliau juga merupakan salah satu felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8220;Jika sebelum ini saya hanya pencari yang tanpa apa-apa kelulusan berkaitan, kini pengembaraan saya dalam dunia ke\u2018ilmuan dan keusahawanan ialah sebagai seorang graduan CASIS \u2013 yang perlu menjaga nama baik guru-guru saya dan juga madrasah yang saya mendapat manfa\u2018at besar daripadanya. Atas limpah ni\u2018mat daripada Allah, kesan pengajian saya di CASIS terzahir dalam ikhtiyar usaha kami membangunkan Akademi Jawi Malaysia yang berteraskan pandangan \u2018alam Islam dan diusahakan sebagai usahaniaga yang berdiri atas kaki sendiri.&#8221;<\/p>\n","protected":false},"author":10797,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"off","_et_pb_old_content":"<!-- wp:image {\"id\":8886,\"sizeSlug\":\"large\",\"linkDestination\":\"none\"} -->\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/02\/10th-Anniversary-Emblem-Landscape-1-1024x315.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-8886\" \/><\/figure>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph {\"align\":\"center\"} -->\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-cyan-bluish-gray-color\">Renungan Sempena Ulang Tahun ke-10 RZS-CASIS<\/span><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph {\"align\":\"center\"} -->\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong><span class=\"has-inline-color has-cyan-bluish-gray-color\">By Muhammad Syukri Rosli, M.Phil CASIS (2016)<\/span><\/strong><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph {\"align\":\"center\"} -->\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-cyan-bluish-gray-color\">[Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, <a href=\"http:\/\/akademijawi.my\" data-type=\"URL\" data-id=\"http:\/\/akademijawi.my\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Akademi Jawi Malaysia (AJM)]<\/a><\/span><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph {\"align\":\"center\"} -->\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-vivid-red-color\">\u062c\u06a9\u0647\u0646\u062f\u0642 \u0645\u06a0\u0646\u0644 \u0627\u0648\u0631\u06a0 \u0628\u0631\u0628\u06a0\u0633\u0627&nbsp;<\/span><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph {\"align\":\"center\"} -->\n<p class=\"has-text-align-center\"><span class=\"has-inline-color has-vivid-red-color\">\u0644\u064a\u0647\u062a\u0644\u0647 \u06a4\u062f \u0628\u0648\u062f\u064a \u062f\u0627\u0646 \u0628\u0647\u0627\u0633<\/span><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph {\"align\":\"center\"} -->\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong>\u0762\u0648\u0631\u064a\u0646\u062f\u0645 \u062f\u0648\u0627 \u0628\u0644\u0633\u060c \u0631\u0627\u062c \u0639\u0644\u064a \u062d\u0627\u062c<\/strong><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Barangkali permulaan kembara ke\u2018ilmuan saya di Pusat Pengajian Tinggi Islam dan Peradaban (CASIS) sebenarnya bermula sewaqtu saya belajar di University of Adelaide, Australia sekitar tahun 2008 lagi. Ia bermula dengan permasalahan jiwa dan fikiran yang menggesa saya melakukan kembara \u2018ilmu dan ruhani. Permasalahan jiwa dan fikiran yang saya maqsudkan di sini ialah mengenai perso\u2019alan ma\u2018na diri \u2013 kenapakah aku hidup, kenapakah aku belajar tinggi, kenapakah aku berada di perantauan ini?&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:image -->\n<figure class=\"wp-block-image\"><img alt=\"\" \/><\/figure>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Dalam perantauan yang sunyi itu, saya banyak menghabiskan masa di sudut yang tidak ramai manusia berbual bicara. Di Barr Smith Library, antara perpustakaan universiti yang tertua di benua Australia, saya mendapat sedikit ruang untuk menela\u2018ah sendiri \u2013 ditemani buku-buku mengenai pengajian Melayu yang dikarang oleh para orientalis terkemuka. Kononnya pada waqtu itu, saya ingin mengenali diri saya yang berbangsa Melayu-Islam dengan membaca karya-karya \u2018ilmiyyah yang mengkajinya secara objektif. Walaupun Wilkinson dan Winstedt banyak bercerita tentang bahasa, bangsa dan budaya saya, tetapi mereka seolah-olah tidak melegakan dahaga ma\u2018na yang saya deritai selaman ini.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Maka datanglah suatu hari itu, di celah-celah kelapangan jadual kelas petroleum dan kaji bumi, saya mengambil kesempatan ini untuk berada dalam surau pelajar di tingkat teratas Union Building. Istimewanya di sini, ada beberapa rak buku dan terdapat buku-buku yang disusun pada 1-2 tingkatnya. Maka pada rak buku ini, saya temukan buku <em>Islam and Secularism<\/em> karya Syed Muhammad Naquib al-Attas terbitan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), terbit tahun 1978. Bukunya masih bersih, barangkali tidak dibaca lagi. Saya menyelak-nyelak muka suratnya dan mendapati ia suatu bacaan yang menarik untuk dibaca \u2013 tentunya untuk menjawab banyak perso\u2019alan yang bermain dalam fikiran dan jiwa. Maka saya \u201cmeminjam\u201d buku ini untuk dibaca.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Bukan mudah untuk membaca buku Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas jika kita tidak mempunyai latar belakang pemikiran, sejarah dan falsafah. Apatah lagi bahasa Inggerisnya juga bukan sebarang. Malah dalam bab pertama buku ini, Prof menjelaskan mengenai latar belakang pengsekularan peradaban Barat \u2013 yang sudah tentu saya langsung tidak terdedah dengan perbicaraannya. Pun begitu, saya cuba bersabar dan tabah membaca baris demi baris, sungguhpun agak berat untuk difahami. Buku yang asalnya bersih itu kini dipenuhi dengan catatan dan tanda-tanda apabila saya \u201cpulangkan\u201d kembali ke raknya beberapa bulan kemudian.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Apabila saya pulang ke tanah air pada tahun 2010, saya mendapat tahu Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) bakal menganjurkan Colloqium on Syed Muhammad Naquib al-Attas di MAS Academy, Kelana Jaya. Di sinilah saya mendapat peluang untuk pertama kali mendengar sharahan langsung daripada Prof. dan anak-anak muridnya sendiri. Sudah tentu, sebagai seorang pencari ma\u2018na, menghadiri majlis ke\u2018ilmuan ini sangat memberi ma\u2018na. Lebih-lebih lagi dapat menyaksikan dengan mata kepala sosok tubuh Prof al-Attas pada sesi sebelah malam dan bagaimana beliau menyampaikan sharahannya. Menghadiri majlis sebegini, sungguhpun hanya satu hari sahaja, menjadi satu permulaan penting dalam perjalanan ke\u2018ilmuan saya pada hari-hari mendatang.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Bermula tahun 2011, HAKIM menganjurkan siri Wacana Pandangan \u2018Alam Islam (WISE) buat julung-julung kalinya dan menampilkan 24 mata kuliah dan diadakan setiap hari Sabtu selama satu tahun di Institut Integriti Malaysia. Pengajian di WISE, selain daripada membuka pemahaman mengenai intisari penting pandangan \u2018alam seperti yang digagaskan oleh Prof. al-Attas, bahkan membuka peluang untuk saya berkenalan lebih rapat dengan para guru-pensharah dan juga para peserta lain yang kini menjadi sahabat-sahabat aqrab saya. Setiap kali waqtu rehat antara kuliah, di meja bulat di belakang kelas dengan sajian hangat minuman pagi, peluang untuk duduk sekali dengan pensharah dan peserta yang lebih ber\u2018ilmu tidak saya lepaskan. Kadangkala selepas kelas WISE tamat, kami dalam kalangan peserta bersama-sama berkumpul dan meneruskan perbincangan mengenai isi kuliah sambil makan tengah hari.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Pengalaman ke\u2018ilmuan dan bertemu dengan insan-insan yang mempunyai cita yang mendalam terhadap \u2018ilmu benar-benar mengubah hala kehidupan saya. Sebenarnya, sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk berbicara mengenai perso\u2019alan-perso\u2019alan ma\u2018na diri, ataupun menyusun kefahaman agar ia berma\u2018na bukan sahaja kepada diri, tetapi selari, selaras dan sederap pula dengan agama Islam dan peradaban kita sendiri. Oleh itu, dalam mengenang kembali permulaan perjalanan ke\u2018ilmuan ini, rupanya ialah suatu persediaan untuk kembara ke\u2018ilmuan yang lebih besar.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Pada suatu malam, Prof. Wan Mohd Nor Wan Daud menjemput para pelajar persuratan dan bahasa Melayu ke rumahnya untuk berkenal-kenalan dan menanyakan apakah rencana masa hadapan. Sewaqtu peluang bertanya dibuka oleh guru kami, saya lantas bertanya dalam mafhum berikut: \u201cJika diberi peluang, bolehkah pengembaraan ke\u2018ilmuan ini diterjemahkan dalam bentuk kerjaya \u2013 barangkali dengan membangunkan rumah penerbitan?\u201d Prof. Wan menjawab sudah tentu dan beliau menasihatkan saya untuk membaca dengan mendalam mengenai penerbitan dalam pembinaan budaya \u2018ilmu dalam karya besarnya \u2013 <em>Budaya \u2018Ilmu<\/em>. Dalam pertemuan itu jugalah, Prof. Wan menyeru kami semua untuk menjadikan kembara ke\u2018ilmuan kami masing-masing secara rasmi di peringkat pengajian tinggi di institusi yang baru beliau asaskan iaitulah di Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban atau Centre for Advanced Studies for Islam, Science and Civilisation (CASIS). Shahdan, saya menyahut seruan ini.&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:image {\"align\":\"center\",\"id\":9274,\"sizeSlug\":\"full\",\"linkDestination\":\"none\"} -->\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter size-full\"><img src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/12\/image-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9274\" \/><figcaption>Bersama rakan-rakan turut sama menjayakan Akademi Jawi Malaysia<\/figcaption><\/figure><\/div>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Maka pada tahun 2012, saya memulakan kembara ke\u2018ilmuan rasmi saya di CASIS. Malah, pada waqtu itu jugalah saya baru beberapa bulan menubuhkan Klasika Media (kini dikenali dengan Akademi Jawi Malaysia), sebuah sharikat swasta yang menumpukan pengkajian, penerbitan dan perundingan khazanah persuratan Jawi. Tidak mudah sebenarnya untuk belajar dan pada masa yang sama mengemudi sebuah perniagaan yang baharu hendak bertumbuh. Ini disebabkan saya perlu mengimbangkan antara tuntutan kelas dan tugasan di CASIS, dengan perniagaan Klasika Media yang pada waqtu itu saya masih lagi menguruskannya sendiri tanpa pasukan. Pun begitu, kesulitan mengimbang antara tuntutan \u2018ilmu dan kerjaya inilah yang sebenarnya membentuk disiplin dan kemahiran hidup yang tinggi.&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>&nbsp; Di CASIS, antara mata kuliah yang sangat penting dan memberi kesan bagi saya ialah Worldview and Epistemic Framework yang diajar sendiri pengasas dan pengarah CASIS, Prof. Dr. Wan Mohd Nor. Mata kuliah ini menggesa kami untuk membaca pelbagai karya ke\u2018ilmuan dari pelbagai pandangan \u2018alam, peradaban dan tokoh-tokoh pentingnya. Mata kuliah ini menyedarkan saya mengenai pandangan \u2018alam yang melatari kerangka pemikiran dan binaan peradaban sesuatu bangsa. Prof. Dr. Wan amat menekankan kami mengetahui perihal yang halus-halus yang tersirat dalam sesuatu pemikiran agar kita menjadi lebih beringat-ingat dalam mendepani sesuatu cabaran pemikiran. Yang paling penting ialah kami kenal dengan sebenar-benar kenal pandangan \u2018alam Islam yang menjadi pasak ketamadunan dan ma\u2018na diri kita. Dengan mata kuliah ini, saya berasa lebih yaqin dengan diri dan lebih mengetahui mengenai pelbagai cabaran pemikiran yang sedang dan bakal dihadapi.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Mata kuliah seterusnya ialah Research Methodology yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman. Prof. Zainiy sangat menekankan perihal disiplin dan himmah dalam menuntut \u2018ilmu. Kami ditekankan mengenai adab pengurusan masa, keutamaan \u2018ilmu berbanding hal-hal lain, dan ketelitian dan kesungguhan \u2018ilmu sungguhpun dalam membuat tugasan (<em>assignment<\/em>). Sebagai nota tambahan, hingga hari ini, masih tegap dalam qalbu saya apabila Prof. Zainiy menghuraikan mengenai konsep \u201cBahasa Jawi\u201d seperti yang diungkapkan oleh N\u016br al-D\u012bn al-R\u0101n\u012br\u012b dalam <em>La\u1e6d\u0101\u2019if al-Asr\u0101r<\/em>, iaitulah kajian Ph.D. beliau di ISTAC yang telah diterbitkan oleh penerbitan UTM. Mata kuliah yang bagi saya sangat memberi kesan ialah mengenai <em>Malay History and Historiography <\/em>oleh Prof. Tatiana Denisova. Daripada mata kuliah beliau, saya mengetahui mengenai sumber-sumber penting dalam sejarah dan pensejarahan Melayu dan apakah kemahiran yang perlu dikuasai untuk meneroka sumber-sumber itu. Arakian, kemahiran daripada tunjuk ajar Prof. Zainiy dan Prof. Tatiana kami gunakan dalam kerja sehari-hari kami di Akademi Jawi Malaysia kini.&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:image -->\n<figure class=\"wp-block-image\"><img src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/1eab5c3f-0475-4235-b76c-00ccdc52c7f7\" alt=\"\" \/><\/figure>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Satu pembelajaran berharga yang saya perolehi di CASIS ialah pengajian Bahasa \u2018Arab. Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah mengajar kami untuk membaca, memahami dan menterjemah naskhah bahasa \u2018Arab Klasik. Saya berpeluang menterjemahkan bahagian \u2018Ilm al-Lis\u0101n daripada <em>I\u1e25\u1e63\u0101\u2019 al-\u2018Ul\u016bm<\/em> al-Far\u0101b\u012b di bawah bimbingan beliau. Di bawah bimbingan Prof. Madya Dr. Khalif Muammar, kami diajar Matn al-Ajurrumiyyah dari mula hingga habis dan ia membina kefahaman na\u1e25u dan i\u2018rab saya. Dengan Dr. Syamsuddin Arif, saya berpeluang belajar mengenai \u2018ilmu \u1e63araf bahasa \u2018Arab \u2013 dan menarik untuk disebut di sini, Dr Syamsuddin hanya akan mengajar kelasnya dalam bahasa \u2018Arab sahaja, tanpa berbicara dalam bahasa-bahasa lain. Di bawah tunjuk ajar Dr. Suleiman Boayo, kami diajar kemahiran berbahasa dan melembutkan lidah untuk berbicara dalam bahasa \u2018Arab.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Selain daripada kelas-kelas rasmi, kami sebagai pelajar di CASIS juga berpeluang untuk menghadiri dan menguruskan sharahan-sharahan \u2018umum melibatkan \u2018ilmuwan besar dan juga hadirin yang datang dari pelbagai latar belakang. Maka pengalaman yang saya fikir tidak akan didapati di mana-mana tempat lain ialah peluang kami berkhidmat untuk menjayakan majlis \u2018ilmu Saturday Night Lecture yang diadakan sebulan sekali setiap Sabtu malam. Besarlah hati kami sebagai seorang murid dapat berpeluang menyediakan segala keperluan untuk kelancaran majlis ini \u2013 di samping bekerja secara berpasukan dengan sahabat-sahabat sepengajian yang berasal dari pelbagai latar negara. Adapun Saturday Night Lecture sepanjang saya menuntut \u2018ilmu di CASIS disampaikan oleh mahaguru kami iaitu Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Hasil pembelajaran kami di CASIS perlu diterjemahkan dalam bentuk tesis bagi melayakkan gelaran sarjana falsafah diperoleh. Untuk saya, ia diterjemahkan dalam bentuk tesis sarjana yang dikarang dalam bahasa Melayu dengan judul \u201cIslamisasi Bahasa Melayu dan Pengaruh Tradisi Ke\u2018ilmuan Bahasa Islam dalam Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja Ali Haji (1808-1873M)\u201d di bawah seliaan Prof Madya Khalif Mu\u2019ammar. Gerak daya penulisan tesis ini sebenarnya hanya berlaku sewaqtu beberapa bulan terakhir tempoh pengajian saya berakhir dan judul inipun dimu\u2018tamadkan betul-betul sebelum ia dihantar untuk diperiksa. Prof. Madya Dr. Khalif sangat banyak membantu penulisan saya dan beliau sanggup meluangkan masa di luar waqtu pejabat untuk duduk bersama memeriksa hasil tulisan tesis saya itu. Saya masih ingat lagi sebelum sesi <em>viva voce<\/em>, Prof. Madya Dr. Khalif memanggil saya ke dalam biliknya dan meminta saya meminta saya membentangkan mengenai tesis saya di hadapannya. Banyak jugalah perkara yang saya perlu perbaiki betul-betul sebelum sesi <em>viva voce<\/em> berlaku.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:image -->\n<figure class=\"wp-block-image\"><img alt=\"\" \/><\/figure>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Tesis sarjana falsafah saya diperiksa oleh Prof. Dr. Tatiana Denisova dan Prof. Madya Dr. Zariat Abdul Rani dan pengerusi <em>viva voce<\/em> ialah Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud. Pada 28 Mac 2016 di Bilik Viva 1, Aras 2 Menara Razak, UTM KL, saya diminta untuk membentangkan latar perso\u2019alan penyelidikan, qa\u2018idah pengkajian dan hasil dapatan pengajian dan penyelidikan saya dalam tempoh 20 minit. Sudah tentu rasa gementar dapat dirasa apabila berhadapan dengan para pemeriksa dan yang juga guru yang mengenal diri ini \u2013 luar dalam. Antara ulasan yang dikemukakan oleh pemeriksa ialah saya masih perlu memperbaiki sudut permas\u2019alahan kajian \u2013 supaya dapat meyaqinkan pembaca \u2018ilmiyyah&nbsp; kenapakah kajian saya ini penting dan perlu dilakukan. Satu lagi ulasan, yang saya kira amat penting untuk dikongsi iaitu mengenai bahagian penghargaan tesis yang perlu dikarang dengan teliti. Prof. Dr. Wan Mohd Nor menegur saya supaya betul-betul dan beradab menulis penghargaan, sungguhpun di dalam tesis, kerana di situlah terletaknya peng\u2018itirafan tentang siapa yang telah memberi sumbangan dan membantu menyiapkan kerja ke\u2018ilmuan ini. Saya mengakui dan membetulkannya. Selesai pembentangan, saya diminta keluar sebentar dari bilik. Penantian beberapa minit itu jujurnya mendebarkan. Apabila dipanggil balik, pengerusi, pemeriksa dan penyelia tersenyum dan mengucapkan tahniah dan perlu membuat pembetulan ringkas dalam tempoh dua minggu sebelum menjilidkan tesis.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Kelulusan Sarjana Falsafah yang saya perolehi dari CASIS ini bagi saya ialah sebenarnya ialah permulaan kembara baharu dalam peneguhan ma\u2018na diri saya. Jika sebelum ini saya hanya pencari yang tanpa apa-apa kelulusan berkaitan, kini pengembaraan saya dalam dunia ke\u2018ilmuan dan keusahawanan ialah sebagai seorang graduan CASIS \u2013 yang perlu menjaga nama baik guru-guru saya dan juga madrasah yang saya mendapat manfa\u2018at besar daripadanya. Atas limpah ni\u2018mat daripada Allah, kesan pengajian saya di CASIS terzahir dalam ikhtiyar usaha kami membangunkan Akademi Jawi Malaysia yang berteraskan pandangan \u2018alam Islam dan diusahakan sebagai usahaniaga yang berdiri atas kaki sendiri.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>CASIS telah menemukan saya dengan para guru dan juga sahabat yang sangat membantu dan mengambil berat tentang saya, bukan sahaja dalam bentuk ke\u2018ilmuan, bahkan termasuklah kehidupan saya. Bagi saya, pengalaman di CASIS ialah pengalaman yang mengubah kehidupan, barangkali tidak akan dapat di mana-mana. CASIS telah membina suatu keyaqinan dan keberanian untuk saya berjuang menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Keyaqinan dan keberanian ini tentulah bersandarkan \u2018ilmu yang benar serta tradisi ke\u2018ilmuan yang berakar kukuh dalam ketamadunan Islam&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:image -->\n<figure class=\"wp-block-image\"><img src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/d0825c35-1b2c-49ad-9438-fea4f9160432\" alt=\"\" \/><\/figure>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>WISE Summer School, 2019 dalam sesi perkongsian tentang Bahasa Jawi<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p><strong>Muhammad Syukri bin Rosli<\/strong> merupakan graduan Sarjana Falsafah di RZS-CASIS pada tahun 2016, dan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, <a href=\"http:\/\/akademijawi.my\" data-type=\"URL\" data-id=\"http:\/\/akademijawi.my\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Akademi Jawi Malaysia (AJM)<\/a>, pengasas rumah percetakan <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/KMtukangbuku\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/www.facebook.com\/KMtukangbuku\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Tukang Buku Sdn Bhd<\/a> dan penerbitan, <a href=\"https:\/\/klasikamedia.com\/\" data-type=\"URL\" data-id=\"https:\/\/klasikamedia.com\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">Klasika Media<\/a>. Beliau juga merupakan salah satu felo Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM).&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->","_et_gb_content_width":"793","footnotes":""},"categories":[126,128],"tags":[],"class_list":["post-9270","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-10th-anniversary","category-students-reflection"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9270","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10797"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9270"}],"version-history":[{"count":7,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9270\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9382,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9270\/revisions\/9382"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9270"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9270"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9270"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}