{"id":9006,"date":"2021-04-03T12:27:49","date_gmt":"2021-04-03T04:27:49","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/?p=9006"},"modified":"2021-04-03T12:56:40","modified_gmt":"2021-04-03T04:56:40","slug":"sejarah-purba-dan-arkeologi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2021\/04\/03\/sejarah-purba-dan-arkeologi\/","title":{"rendered":"SEJARAH PURBA DAN ARKEOLOGI"},"content":{"rendered":"\n<p class=\"has-text-align-center\">BOOK CLUB \u201c<strong>SUMBER HISTORIOGRAFI ALAM MELAYU (KOLEKSI PERIBADI JOHN BASTIN)\u201d<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">bersama Prof. Dr. Tatiana Denisova<\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\"><strong>SESI KEDUA| 9hb JANUARY 2021 | ONLINE<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p class=\"has-text-align-center\">Renungan dan Rumusan oleh Niswa Noralina Abdullah (pelajar Phd RZS-CASIS)\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetahuan tentang masa lalu adalah asas kepada kesedaran sejarah Kebangsaan sesebuah masyarakat yang memberi nilai kefahaman terhadap pengenalan asal usul diri, kepercayaan beragama, tradisi dan budaya. Kesempurnaan nilai kefahaman tidak hanya tertumpu pada proses pengislaman kepulauan Melayu tanpa memahami atau meminggirkan latar sejarah purba dan arkeologi yang pernah menjadi tumpuan pengkajian para orientalis terdahulu. Pada sesi kedua bicara buku <em>Sumber Historiografi Alam Melayu (Koleksi Peribadi John Bastin)<\/em>, Profesor Tatiana meneruskan perbincangan mengenai koleksi bahan-bahan zaman pra sejarah, sejarah purba, arkeologi dan antropologi. Penentuan kelompok-kelompok bahan dalam koleksi itu mencerminkan kecenderungan pemikiran ilmiah John Bastin, antaranya beliau mempunyai beberapa karya ahli arkeologi terkenal H.G Quaritch Wales dan Alastair Lamb, pakar epigrafi dan toponimi seperti Sir Roland Braddell, J.V Mills, W. Linehan, Paul Wheatley, F.W Douglas dan ramai lagi. Sebahagian daripada tokoh-tokoh ini merupakan penggerak konsep <em>\u201cGreater India\u201d<\/em> yang menjurus terhadap pengaruh dan unsur-unsur kebudayaan Hindu \u2013 Buddha dalam pengkajian mereka.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image is-style-rounded\"><figure class=\"aligncenter size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"584\" height=\"440\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/04\/image-1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-9010\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/04\/image-1.png 584w, https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2021\/04\/image-1-480x362.png 480w\" sizes=\"(min-width: 0px) and (max-width: 480px) 480px, (min-width: 481px) 584px, 100vw\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Penyebaran agama dan kebudayaan Hindu berlangsung semasa kerajaan-kerajaan Melayu awal seperti Funan, Srivijaya, Majapahit dan kemasukannya telah melalui proses pengembangan yang dipelopori oleh golongan pemerintah dan Brahmin. Proses pengembangan ini dikenali sebagai Brahmanisasi <em>(Brahmanization)<\/em> atau Indianisasi <em>(Indianization)<\/em> dalam erti kata untuk menyebarkan pemikiran India. Selepas itu, agama Buddha mula meresap masuk sekitar awal abad ke 5M yang berasaskan pengajaran Hinayana, kemudiannya pada pertengahan abad ke 7M ajaran Mahayana pula mula mendapat ruang dalam amalan kehidupan masyarakat ketika itu. Menurut G. Coedes, proses indianisasi diertikan sebagai berikut :-<\/p>\n\n\n\n<p><em><span class=\"has-inline-color has-vivid-green-cyan-color\">Indianization must be understood essentially as the expansion of an organized culture that was founded upon the Indian conception of royalty, was characterized by Hinduist or Buddhist cults, the mythology of the Puranas, and the observance of the Dharmasastras, and expressed itself in the Sanskrit language. <\/span><\/em>&#8211; G. Coedes (1968), <em>The Indianized States of Southeast Asia<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Dalam koleksi peribadi John Bastin (bahagian 1 \u2013 <em>Sejarah Purba dan Arkeologi<\/em>) menyediakan daftar dalam pelbagai perkara bermula pada zaman pra sejarah sehingga kurun ke 15M \u2013 16M. Penyusunan yang dilakukan oleh John Bastin dilihat memberi maksud bahawa kurun ke 15M hingga 16M dikategorikan sebagai \u201c<em>sejarah purba\u201d<\/em>, sedangkan jika diteliti secara menyeluruh, pada kurun tersebut telah bertapak kukuh agama Islam di kepulauan Melayu. Menyentuh berkaitan pembahagian periodisasi sejarah alam Melayu, para orientalis membahagikan tiga period yang berbeza iaitu (1) <em>Zaman pra sejarah<\/em> \u2013 peristiwa-peristiwa sebelum orang India datang ke alam Melayu (2) <em>Zaman Hindu Buddha<\/em> \u2013 zaman emas atau kemuncak keagungan budaya Melayu dan (3) <em>Zaman kemerosotan budaya Melayu<\/em> \u2013 zaman selepas kedatangan Islam. Periodisasi ini adalah tidak tepat kerana mengetepikan peranan Islam dan melihat seolah-olah kedatangan Islam di kepulauan ini sebagai faktor negatif yang tidak menyumbang perkembangan peradaban.<\/p>\n\n\n\n<p>Profesor Tatiana telah mengetengahkan salah seorang tokoh utama penggerak konsep <em>\u201cGreater India\u201d<\/em> iaitu H.G Quaritch Wales yang mengetuai jawatankuasa penyelidikan <em>Greater India (Field Director of the Great-India Research Committee)<\/em>. Sebagai seorang ahli arkeologi yang menumpukan penggalian artifak-artifak Hindu Buddha di negeri Kedah, Perak dan Johor, beliau telah mengemukakan tempoh periodisasi kedatangan dan penyebaran tamadun India yang dikenali sebagai konsep <em>4 Waves of Indian Cultural Expansion, <\/em>(1) Amarawati (kurun ke 2 hingga ke 3M), (2) Gupta (4-6M), Pallava (55-750M) (3) Pala 75-900M). Walaupun tumpuan pengkajian beliau terhadap subjek seperti dinyatakan di atas, Wales dalam monografnya bertajuk <em>The Making of Greater India<\/em> menyatakan bahawa pengaruh tamadun India di kepulauan Melayu tidak memajukan budaya tempatan bahkan hanya dapat dilihat dari sudut adat istiadat istana, seni patung dan sastera sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa unsur-unsur ajaran yang terkandung dalam agama Hindu Buddha tidak berjaya mempengaruhi segenap aspek kehidupan masyarakat dan penyebarannya hanya dalam lingkungan kaum bangsawan istana.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara perkara lain yang disentuh oleh Profesor Tatiana ialah satu bentuk kajian ilmiah dalam koleksi peribadi John Bastin iaitu toponimi (analisis nama-nama tempat). Biasanya, pengkajian nama-nama (umum) dikenali sebagai <em>\u201canthroponomastics\u201d<\/em>, manakala nama tempat pula disebut sebagai <em>\u201ctoponomastic\u201d<\/em> atau toponimi dalam penggunaan yang lebih meluas. Istilah toponim (nama tempat) berasal daripada dua kombinasi perkataan Greek iaitu <em>\u201ctopos\u201d<\/em> (tempat) dan <em>\u201conoma\u201d<\/em> (nama). Makalah S.Q Fatimi bertajuk <em>\u201cThe Identification of Jazirat al-Yaqut\u201d<\/em> menumpukan kajian terhadap nama tempat (toponim) \u201c<em>Jazirat al-Yaqut\u201d<\/em> yang terdapat dalam <em>Kitab Futuh al-Buldan <\/em>oleh sejarawan Islam, Ahmad al-Baladhuri (w.279H\/892M). Baladhuri dalam kitabnya merujuk \u201c<em>Jazirat al-Yaqut\u201d<\/em> sebagai Ceylon (kini &#8211; Sri Lanka), walaubagaimanapun, S.Q Fatimi telah mengenal pasti bukti yang lebih sahih berdasarkan analisis perbandingan terhadap sumber-sumber sejarah Arab dan China terutamanya catatan-catatan oleh al-Biruni, al-Khawarizmi, al-Idrisi, Chau Ju-Kua serta tidak ketinggalan karya utama Ptolemy, <em>Geographika Huphegesis<\/em>. Sumber-sumber tersebut telah menatijahkan bahawa toponim <em>\u201cJazirat al-Yaqut<\/em>\u201d adalah Sumatera (Ptolemy \u2013 <em>Iabadiu<\/em>, China \u2013 <em>Ye-po-ti<\/em>, Hindu \u2013 <em>Yavadwipa<\/em> atau <em>Yabadiu<\/em>). Di samping itu, pada bahagian akhir makalah S.Q Fatimi, begitu menarik apabila beliau menghubungkan tulisannya pada tahun 1963 bertajuk <em>\u201cTwo Letters From the Maharaja to the Khalifah (A A Study in the Early History of Islam in the East)<\/em> yang salah satu warkahnya daripada Maharaja Srindravarman kepada khalifah pada zaman Umayyah, Umar Abdul Aziz (717-719M). Warkah itu bertujuan meminta supaya khalifah Umar Abdul Aziz menghantarkan seorang alim untuk mengajar beliau tentang syariat Islam.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Kajian Fatimi menafikan pandangan orientalis barat yang menyatakan kemasukan Islam ke kepulauan Melayu bermula pada abad ke 14M hingga 15M, sedangkan hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu dengan negara luar pada masa itu telah wujud sejak abad pertama hingga ke 2M. Maklumat utama dalam warkah tersebut yang perlu diberi perhatian dan mampu menyokong kenyataan dalam <em>Hikayat Raja Pasai<\/em> berkaitan seorang alim yang diutuskan untuk menyebarkan Islam membuktikan bahawa penyebaran Islam dilakukan secara terancang dan dirintis oleh golongan alim ulama. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan yang terdapat dalam Hikayat Raja Pasai seperti berikut :-<\/p>\n\n\n\n<p><em><span class=\"has-inline-color has-vivid-green-cyan-color\">\u2026. Hatta maka berapa lamanya kemudian daripada hadirat Nabi SAW wafat, maka terdengarlah khabarnya kepada Syarif yang di Makkah ada suatu negeri di bawah angin bernama Samudera, maka oleh Khalifah Syarif, maka ia menyuruh sebuah kapal akan membawa segala perkakas alat kerajaan ke negeri Samudera. Setelah sudah kapal itu lengkap, maka disuruh Syarif Syeikh Ismail itu singgah ke negeri Mengiri. Setelah sudah maka Syeikh Ismail pun naiklah ia ke kapal maka lalu ia berlayar. Hatta maka berapa lamanya berlayar, maka sampailah ia ke negeri Mengiri itu, maka berlabuhlah ia di Teluk Mengiri. <\/span><\/em>\u2013 Russell Jones (1999) <em>Hikayat Raja Pasai<\/em>\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, sebagai penutup bicara Profesor Tatiana menyebut tiga orang orientalis berpengaruh iaitu Roland Braddell, Paul Wheatley dan O.W Wolters. Kajian utama Braddell tentang sejarah purba bertajuk <em>The Study of Ancient Times in the Malay Peninsula and Straits of Malacca<\/em> menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai nama-nama tempat, pertembungan pusat-pusat kebudayaan dunia dan beliau berkongsi penulisan bersama F.W Douglas yang bertajuk <em>Notes on the Historical Geography of Malaya and Sidelight on the Malay Annals<\/em>. Manakala karya Wheatley sehingga kini masih relevan ialah <em>The Golden Khersonese<\/em> yang menganalisis pelbagai sumber sejarah geografi sebagai landasan untuk mengenalpasti asal usul nama tempat sepertimana kajian Braddell. Dalam bahagian keempat (IV), Wheatley banyak merujuk sumber-sumber sejarah Arab seperti <em>\u2018Ajaib al-Hind<\/em> (Buzurg Ramhurmuz), <em>Kitab al-Masalik al-Mamalik<\/em> (Ibn Khurdadhbih), <em>Nuzhat al-Mushtaq<\/em> (al-Idrisi) dan beberapa lagi yang pada asasnya berdasarkan kajian G.R Tibbetts. Akhir sekali O.W Wolters dalam karya beliau <em>The Fall of Srivijaya in Malay History <\/em>bukan sahaja menggunakan sumber-sumber luar (Arab, Cina, Eropah) malah beliau memasukkan sumber-sumber tempatan contohnya, <em>Sulalat al-Salatin<\/em>. Oleh itu, bagi meningkatkan lagi kefahaman, para pembaca perlu mendapatkan sumber-sumber yang dinyatakan di atas secara langsung bagi meneliti perbincangan lebih mendalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi ini juga boleh <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/watch\/963438850483407\/2930038247276413\">diulang tayang<\/a> melalui laman web Facebook kami di <a href=\"http:\/\/facebook.com\/RZSCASIS.UTM\">http:\/\/facebook.com\/RZSCASIS.UTM<\/a>\u00a0 dan <a href=\"http:\/\/facebook.com\/hikmafellowship\">http:\/\/facebook.com\/hikmafellowship<\/a>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>BOOK CLUB \u201cSUMBER HISTORIOGRAFI ALAM MELAYU (KOLEKSI PERIBADI JOHN BASTIN)\u201d bersama Prof. Dr. Tatiana Denisova SESI KEDUA| 9hb JANUARY 2021 | ONLINE Renungan dan Rumusan oleh Niswa Noralina Abdullah (pelajar Phd RZS-CASIS)\u00a0 Pengetahuan tentang masa lalu adalah asas kepada kesedaran sejarah Kebangsaan sesebuah masyarakat yang memberi nilai kefahaman terhadap pengenalan asal usul diri, kepercayaan beragama, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10797,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"off","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[60,84],"tags":[],"class_list":["post-9006","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-book-discussion","category-sumber-historiografi-alam-melayu"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9006","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10797"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9006"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9006\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":9016,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9006\/revisions\/9016"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9006"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9006"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9006"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}