{"id":8570,"date":"2020-11-11T13:29:00","date_gmt":"2020-11-11T05:29:00","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/?p=8570"},"modified":"2020-11-21T11:18:46","modified_gmt":"2020-11-21T03:18:46","slug":"ringkasan-sesi-ke-3-bicara-buku-islam-dan-sekularisme-islam-faham-agama-dan-asas-akhlak-bersama-pm-dr-khalif-muammar-a-harris-5hb-november-2020","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2020\/11\/11\/ringkasan-sesi-ke-3-bicara-buku-islam-dan-sekularisme-islam-faham-agama-dan-asas-akhlak-bersama-pm-dr-khalif-muammar-a-harris-5hb-november-2020\/","title":{"rendered":"Ringkasan Sesi ke-3 Bicara Buku \u201cIslam dan Sekularisme\u201d: Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak bersama PM Dr. Khalif Muammar A. Harris | 5hb November 2020"},"content":{"rendered":"[et_pb_section admin_label=&#8221;section&#8221;]\n\t\t\t[et_pb_row admin_label=&#8221;row&#8221;]\n\t\t\t\t[et_pb_column type=&#8221;4_4&#8243;][et_pb_text admin_label=&#8221;Text&#8221;]\n<p>Disediakan oleh: <strong>Muhammad Zul-Faisal bin Omar<\/strong> (Pelajar Pasca Siswazah RZS-CASIS)<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi membicarakan mengenai Kristian dan semangat sekularisme yang memusuhi agama, pada bab ketiga ini, al-Attas membicarakan pula mengenai faham agama yang sewajarnya difahami oleh setiap Muslim bertepatan dengan wahyu All\u0101h Ta\u2018\u0101l\u0101 dan ajaran Ras\u016blull\u0101h&nbsp;<em>\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam<\/em>. Tanpa kefahaman yang benar mengenai agama, akan berlaku pula kekeliruan tentang Tuhan, iman, ilmu, akhlak yang kesemuanya ini merupakan antara intipati induk faham agama. Ia perlu dituntaskan supaya faham ini tidak lagi dipersoalkan. Jika tidak, akan berlaku pendangkalan faham agama di mana Islam hanya difahami sebagai ritual, ibadat semata-mata atau terhenti pada lima rukun sahaja. Tidak wajar Islam difahami sekadar apa yang Baginda Nabi sabdakan kepada seorang Badwi yang hanya ingin mengetahui bagaimana dia dijamin masuk ke Syurga sedangkan kita adalah manusia bertamadun yang kini sedang berhadapan dengan persoalan ketamadunan yang kompleks. Faham agama tidak mungkin boleh ditawarkan oleh kelompok literalis yang menolak perbahasan akliah yang mendalam, kelompok konservatif yang tidak mahu berijtihad mahupun kelompok modenis yang menolak perkara&nbsp;<em>thaw\u0101bit<\/em>&nbsp;(tetap) malah cenderung pula mentafsir Islam secara menyeleweng tanpa mengikut ilmu yang diwariskan. Oleh kerana itulah, Al-Attas telah mengangkat semula faham agama yang telah dilupakan umat Islam dengan menerangkan perkataan agama di dalam bahasa Arab; iaitu&nbsp;<em>d\u012bn<\/em>, berpandukan&nbsp;<em>ijtih\u0101d<\/em>&nbsp;beliau dan&nbsp;<em>Ijm\u0101<\/em>\u2018 (kesepakatan) ulama sebelumnya.<\/p>\n\n\n\n<h2 class=\"has-text-align-center wp-block-heading\" id=\"h.lcemqe87a2w0\"><a href=\"http:\/\/Setem Ibn Manzur dicetak di Tunis circa 1987\"><img decoding=\"async\" alt=\"\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/PL-oUmkR-buendAymyUAmJjv5F0w4Zu8eI4YNjQ4_NLU6KKcBjdV0kKAxQkf8voDyOoaxtBJad4MqE4X_60zp6XZSCvUMTO-y9SeRR6TAgVJzP4YE_YTh23LPQlsmUpZIKRAxJU9\" style=\"width: 350px\"><\/a><\/h2>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/V-6glNjuNISdLqS5TeMjy8RY8ncJUAiJkphmdvtXZkpiMCCp6AijmZ5D0fI0rj07T6hCkcI3ic9DAmqTq2czauBhAasoqnS2y8H_OmIUxslEFfr_9qCoexc7FZYCLOQLT8NayjW5\" alt=\"\" width=\"350\" height=\"237\" title=\"\" \/><figcaption><em>Lis\u0101n al-\u2018Arab<\/em>, oleh Ibnu al-Man\u1e93\u016br<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Berdasarkan kata akar\u00a0<em>d\u012bn<\/em>\u00a0(\u062f\u064a\u0646) yang dikemukakan oleh Ibnu al-Man\u1e93\u016br di dalam\u00a0<em>Lis\u0101n al-\u2018Arab<\/em>, melalui pendekatan semantik, al-Attas telah berijtihad dengan menyatukan empat makna-makna utama yang setiap satunya membangun konsep tersendiri hingga dapat menjelmakan faham agama dengan sempurna. Makna pertama adalah \u2018keadaan berhutang\u2019 yang \u00a0diambil dari kata\u00a0<em>dayn<\/em>\u00a0(\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646) iaitu hutang,\u00a0<em>d\u0101\u2019in<\/em>\u00a0(\u062f\u0627\u0626\u0646) iaitu penghutang atau pemiutang, dan\u00a0<em>dayn\u016bnah<\/em>\u00a0(\u062f\u064a\u0646\u0648\u0646\u0629) iaitu keberhutangan. Yang dikehendaki dari makna ini adalah keberhutangan secara rohani; di mana manusia berhutang kepada Allah yang menjadikan manusia itu wujud dan menjaganya pula. Makna kedua adalah \u2018ketundukan dan penyerahan diri\u2019 yang diambil dari kata\u00a0<em>d\u0101na<\/em>\u00a0(\u062f\u0627\u0646) iaitu menundukkan. Inilah makna yang terdapat di dalam sabda Ras\u016blull\u0101h\u00a0<em>\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam<\/em>\u00a0((\u0627\u0644\u0643\u064e\u064a\u0650\u0651\u0633\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u062f\u064e\u0627\u0646\u064e \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650)) yang bermaksud: \u201cOrang yang cerdik adalah orang yang menundukkan dirinya dan beramal untuk apa yang akan datang setelah mati\u201d. Dari perkataan<em>\u00a0d\u0101na<\/em>\u00a0 juga, datangnya perkataan\u00a0<em>id\u0101nah<\/em>\u00a0((\u0625\u062f\u0627\u0646\u0629)) iaitu ketundukan. Oleh kerana hutang insan kepada Tuhan amatlah besar, iaitu hutang kewujudan diri, maka insan hanya mampu membayarnya dengan penyerahan diri sendiri kembali kepadaNya sebagai hamba. Disnilah, zahirnya fitrah manusia untuk beribadah secara rela dan dia bebas dalam mengikuti kehendak Tuhan. Makna ketiga adalah \u2018kuasa pemutus\u2019 yang diambil dari perkataan\u00a0<em>dayy\u0101n<\/em>\u00a0(\u062f\u064a\u0651\u0627\u0646) iaitu penguasa dan\u00a0<em>yawm al-d\u012bn<\/em>\u00a0(\u064a\u0648\u0645 \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646) iaitu Hari Pembalasan. Inilah makna yang terdapat di dalam kata-kata \u201c\u0643\u0645\u0627 \u062a\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064f \u062a\u064f\u062f\u064e\u0627\u0646\u064f\u201d yang bermaksud \u201cSebagaimana kamu putuskan sesuatu ke atas orang lain, begitulah kamu akan dibalas\u201d. Makna ini juga didapati dari kata\u00a0<em>malik<\/em>\u00a0(\u0645\u064e\u0644\u0650\u0643) iaitu pemerintah dan\u00a0<em>\u1e25ukm<\/em>\u00a0(\u062d\u064f\u0643\u0652\u0645) iaitu undang-undang. Makna keempat adalah sifat bawaan semulajadi\/alami yang terdapat di dalam perkataan\u00a0<em>d\u0101na lahu<\/em>\u00a0(\u062f\u0627\u0646 \u0644\u0647). Ia membawa erti\u00a0<em>dhalla<\/em>\u00a0(\u0630\u064e\u0644\u064e\u0651) iaitu menjadi hina dan\u00a0<em>a\u1e6d\u0101\u2018a<\/em>\u00a0(\u0623\u0637\u0627\u0639) iaitu mentaati.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari makna-makna di atas, insan yang menyedari akan keadaan dirinya yang berhutang kewujudan ini akan mengakui bahawa dia sudah terikat untuk membayar semula hutangnya kepada Sang Pemiutang. Dengan rasa hina, dia lalu menunduk dan menyerahkan diri kepada Sang Penguasa dengan mentaati segala hukumNya. Perhimpunan makna-makna yang disebutkan itu juga terjelma dalam tiga urutan kehidupan;&nbsp;<em>d\u012bn<\/em>&nbsp;(agama) akan memerlukan sebuah&nbsp;<em>mad\u012bnah<\/em>&nbsp;(kota) yang seterusnya akan membina sebuah masyarakat ber-<em>tamaddun<\/em>&nbsp;(peradaban) yang baik, yakni berasaskan agama (<em>virtuous civilization<\/em>). Inilah yang ditunjukkan oleh &nbsp;Ras\u016blull\u0101h&nbsp;<em>\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam<\/em>&nbsp;setelah peristiwa Hijrah, Baginda mendirikan Kota Mad\u012bnah yang menandai awal peradaban Islam. Dapat difahami di sini, makna pertama dan kedua adalah melibatkan diri, manakala makna ketiga dan keempat pula merujuk kepada masyarakat yang memerlukan kerajaan atau sistem yang dapat mengurus diri-diri itu. Islam, dengan faham agama yang dibentangkan itu, merupakan intisari&nbsp;<em>\u2018\u0101lam kab\u012br<\/em>&nbsp;(makrokosmik) dimana Allah adalah pentadbir alam jagat raya. Manusia yang memikul amanah mentadbir&nbsp;<em>\u2018\u0101lam \u1e63agh\u012br<\/em>&nbsp;(mikrokosmik) iaitu dirinya sendiri pula, hendaklah mencontohi ketertiban yang ada pada&nbsp;<em>\u2018\u0101lam kab\u012br<\/em>&nbsp;itu.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam bab ini juga, Dr. Khalif menegaskan bahawa al-Attas juga membicarakan mengenai teori moral dalam Islam. Jika dibandingkan dengan teori moral Barat, Islam telah banyak menjawab persoalan-persoalan teori moral yang tidak mampu dijawab oleh teori Barat. Kelompongan paling asas pemikiran Barat di sini adalah kerana mereka gagal mengenal hakikat manusia. Contohnya, David Hume menyatakan manusia mesti mengikut naluri sendiri untuk bahagia. Sebaliknya, kebahagiaan insan dalam Islam adalah apabila berjaya menundukkan hawa nafsu mengikut tuntutan Tuhan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemudian, al-Attas menyebut beberapa buah hadith. Antaranya, berbunyi&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>((\u0645\u0646 \u0639\u0631\u0641 \u0646\u0641\u0633\u0647 \u0641\u0642\u062f \u0639\u0631\u0641 \u0631\u0628\u0647))&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>Yang bermaksud \u201cBarangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan kenal Tuhannya\u201d. Kesahihan hadith ini dan selainnya yang disebut oleh beliau telahpun diperakui oleh ramai ulama yang berwibawa dan tidak wajar lagi dipertikaikan. Hadith ini adalah rujukan penting dalam membangunkan faham yang penting dalam ilmu Ta\u1e63awwuf. &nbsp;Berhubungkait dengan makna \u2018diri\u2019, ia ditegaskan oleh al-Attas sebagai salah satu perkara&nbsp;<em>thaw\u0101bit<\/em>&nbsp;(perkara tetap) di dalam agama, iaitu Perjanjian Asali; suatu perjanjian jiwa dengan Allah sejak azali, seperti yang diungkapkan di dalam Surah al-A\u2018r\u0101f, ayat 172. Perkara ini menduduki tempat yang utama dalam faham agama. Perjanjian inilah yang menjadi landasan persaudaraan Islam, bukan sekadar persaudaraan sesama Ban\u012b \u0100dam tetapi lebih erat dari itu lagi sebagaimana digambarkan melalui persaudaraan antara Muh\u0101jir\u012bn dan An\u1e63\u0101r. Persaudaraan ini adalah seimbang antara individu dan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/z5TzUifh8gursovnXBGV614FqYWPMzK6Y06dIJNGVKS4mndKvebsFBMBuyWiNkvG3mJ9uANuIHmhFs38uQGmukYzku76ZI-maM9kgY_7ofqWCIllaLj_YVAxd7i_HFVV6V8au2Pl\" alt=\"\" title=\"\" \/><\/figure><\/div>\n\n\n\n<p>Selanjutnya, maksud dan tujuan etika di dalam Islam adalah menumpu kepada diri individu. Seseorang menjadi baik adalah kerana Allah dan RasulNya telah memerintahkannya. Kesetiaan dan ketaatan yang sebenar hanyalah kepada Allah. Negara pula tidak boleh membebani manusia kecuali dengan sesuatu yang telah dipersetujui (<em>social contract<\/em>). Etika yang dibicarakan oleh ahli falsafah berhubung pula dengan kebahagiaan. Di dalam Islam, kebahagian yang dimaksudkan adalah yang berhubungkait dengan kepastian akan Kebenaran akhir (<em>ultimate truth<\/em>) dan terpenuhinya perbuatan yang sesuai dengan kepastian tersebut. Kepastian itu adalah mengenai kebenaran Tuhan dan nasib akhir manusia. Sebagaimana perjanjian (kontrak) sendiri jika ia dilanggar akan membawa kepada kecelakaan kepada orang itu, demikianlah juga orang yang berbuat salah atau jahat, yang mengingkari Allah, sebenarnya melanggar Perjanjian Asali. Oleh itu, dia telah berlaku tidak adil terhadap dirinya. Berbeza dengan teori moral Barat, Immanuel Kant mengatakan manusia bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang baik mengikut&nbsp;<em>good will<\/em>&nbsp;masing-masing. Tiada ketetapan baik buruk dapat dijadikan panduan oleh manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Akhirnya, dibicarakan tentang dua jenis ilmu. Yang pertama, diberikan oleh Allah Ta\u2018\u0101l\u0101. Kedua, ilmu yang dicari dengan akal fikiran yakni ilmu pengetahuan. Ilmu yang diberikan oleh Allah Ta\u2018\u0101l\u0101 &nbsp;memerlukan pengabdiaan dan kedekatan denganNya yang dikenalis sebagai ilmu pengenalan. Di sinilah peranan Ta\u1e63awwuf yang didefinisikan oleh al-Attas sebagai pengamalan Shar\u012b\u2018ah di maq\u0101m al-I\u1e25s\u0101n, merangkumi luasan kenyataan batin Islam. Melaluinyalah, kefahaman yang mendalam tentang Islam dapat dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi ke-4 akan bersambung Khamis ini pada waktu yang sama, 9pm-10.20pm. Jika belum ikuti dan masih hendak mendaftar, boleh ke<a href=\"https:\/\/www.google.com\/url?q=https:\/\/l.facebook.com\/l.php?u%3Dhttps%253A%252F%252Ftinyurl.com%252FIslamSekularisme%253Ffbclid%253DIwAR05HaD36hSqqXPUfmVMTEY0kADWX1c7L0E82hQSj2g3kKLnPEbza71ntP0%26h%3DAT3bUIXAfeJDxbMyaWzFAU43Tu8l_u83wHXwMOjkKCnOMFcxR1SIdRzsl_kvnJb5T_uWhcHtqd4RltehvCk5Rj7bsRKkquoTMj50AM5vGEn9XjWEILqcPoh8XJapTE7u0Z31vmCchPvdli2hegg0L4I7&amp;sa=D&amp;ust=1605767320269000&amp;usg=AOvVaw21U0gN3dswROFzkTAk3ldR\">http:\/\/tinyurl.com\/IslamSekularisme<\/a><\/p>\n[\/et_pb_text][\/et_pb_column]\n\t\t\t[\/et_pb_row]\n\t\t[\/et_pb_section]","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Disediakan oleh: Muhammad Zul-Faisal bin Omar (Pelajar Pasca Siswazah RZS-CASIS) Sesi membicarakan mengenai Kristian dan semangat sekularisme yang memusuhi agama, pada bab ketiga ini, al-Attas membicarakan pula mengenai faham agama yang sewajarnya difahami oleh setiap Muslim bertepatan dengan wahyu All\u0101h Ta\u2018\u0101l\u0101 dan ajaran Ras\u016blull\u0101h&nbsp;\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam. Tanpa kefahaman yang benar mengenai agama, akan berlaku [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10797,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":true,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"on","_et_pb_old_content":"<!-- wp:paragraph -->\n<p>Disediakan oleh: <strong>Muhammad Zul-Faisal bin Omar<\/strong> (Pelajar Pasca Siswazah RZS-CASIS)<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Sesi membicarakan mengenai Kristian dan semangat sekularisme yang memusuhi agama, pada bab ketiga ini, al-Attas membicarakan pula mengenai faham agama yang sewajarnya difahami oleh setiap Muslim bertepatan dengan wahyu All\u0101h Ta\u2018\u0101l\u0101 dan ajaran Ras\u016blull\u0101h&nbsp;<em>\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam<\/em>. Tanpa kefahaman yang benar mengenai agama, akan berlaku pula kekeliruan tentang Tuhan, iman, ilmu, akhlak yang kesemuanya ini merupakan antara intipati induk faham agama. Ia perlu dituntaskan supaya faham ini tidak lagi dipersoalkan. Jika tidak, akan berlaku pendangkalan faham agama di mana Islam hanya difahami sebagai ritual, ibadat semata-mata atau terhenti pada lima rukun sahaja. Tidak wajar Islam difahami sekadar apa yang Baginda Nabi sabdakan kepada seorang Badwi yang hanya ingin mengetahui bagaimana dia dijamin masuk ke Syurga sedangkan kita adalah manusia bertamadun yang kini sedang berhadapan dengan persoalan ketamadunan yang kompleks. Faham agama tidak mungkin boleh ditawarkan oleh kelompok literalis yang menolak perbahasan akliah yang mendalam, kelompok konservatif yang tidak mahu berijtihad mahupun kelompok modenis yang menolak perkara&nbsp;<em>thaw\u0101bit<\/em>&nbsp;(tetap) malah cenderung pula mentafsir Islam secara menyeleweng tanpa mengikut ilmu yang diwariskan. Oleh kerana itulah, Al-Attas telah mengangkat semula faham agama yang telah dilupakan umat Islam dengan menerangkan perkataan agama di dalam bahasa Arab; iaitu&nbsp;<em>d\u012bn<\/em>, berpandukan&nbsp;<em>ijtih\u0101d<\/em>&nbsp;beliau dan&nbsp;<em>Ijm\u0101<\/em>\u2018 (kesepakatan) ulama sebelumnya.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:heading {\"align\":\"center\"} -->\n<h2 class=\"has-text-align-center\" id=\"h.lcemqe87a2w0\"><a href=\"http:\/\/Setem Ibn Manzur dicetak di Tunis circa 1987\"><img alt=\"\" src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/PL-oUmkR-buendAymyUAmJjv5F0w4Zu8eI4YNjQ4_NLU6KKcBjdV0kKAxQkf8voDyOoaxtBJad4MqE4X_60zp6XZSCvUMTO-y9SeRR6TAgVJzP4YE_YTh23LPQlsmUpZIKRAxJU9\" style=\"width: 350px\"><\/a><\/h2>\n<!-- \/wp:heading -->\n\n<!-- wp:image {\"width\":350,\"height\":237} -->\n<figure class=\"wp-block-image is-resized\"><img src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/V-6glNjuNISdLqS5TeMjy8RY8ncJUAiJkphmdvtXZkpiMCCp6AijmZ5D0fI0rj07T6hCkcI3ic9DAmqTq2czauBhAasoqnS2y8H_OmIUxslEFfr_9qCoexc7FZYCLOQLT8NayjW5\" alt=\"\" width=\"350\" height=\"237\" title=\"\" \/><figcaption><em>Lis\u0101n al-\u2018Arab<\/em>, oleh Ibnu al-Man\u1e93\u016br<\/figcaption><\/figure>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Berdasarkan kata akar\u00a0<em>d\u012bn<\/em>\u00a0(\u062f\u064a\u0646) yang dikemukakan oleh Ibnu al-Man\u1e93\u016br di dalam\u00a0<em>Lis\u0101n al-\u2018Arab<\/em>, melalui pendekatan semantik, al-Attas telah berijtihad dengan menyatukan empat makna-makna utama yang setiap satunya membangun konsep tersendiri hingga dapat menjelmakan faham agama dengan sempurna. Makna pertama adalah \u2018keadaan berhutang\u2019 yang \u00a0diambil dari kata\u00a0<em>dayn<\/em>\u00a0(\u062f\u064e\u064a\u0652\u0646) iaitu hutang,\u00a0<em>d\u0101\u2019in<\/em>\u00a0(\u062f\u0627\u0626\u0646) iaitu penghutang atau pemiutang, dan\u00a0<em>dayn\u016bnah<\/em>\u00a0(\u062f\u064a\u0646\u0648\u0646\u0629) iaitu keberhutangan. Yang dikehendaki dari makna ini adalah keberhutangan secara rohani; di mana manusia berhutang kepada Allah yang menjadikan manusia itu wujud dan menjaganya pula. Makna kedua adalah \u2018ketundukan dan penyerahan diri\u2019 yang diambil dari kata\u00a0<em>d\u0101na<\/em>\u00a0(\u062f\u0627\u0646) iaitu menundukkan. Inilah makna yang terdapat di dalam sabda Ras\u016blull\u0101h\u00a0<em>\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam<\/em>\u00a0((\u0627\u0644\u0643\u064e\u064a\u0650\u0651\u0633\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u062f\u064e\u0627\u0646\u064e \u0646\u064e\u0641\u0652\u0633\u064e\u0647\u064f \u0648\u064e\u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0644\u0650\u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e \u0627\u0644\u0645\u064e\u0648\u0652\u062a\u0650)) yang bermaksud: \u201cOrang yang cerdik adalah orang yang menundukkan dirinya dan beramal untuk apa yang akan datang setelah mati\u201d. Dari perkataan<em>\u00a0d\u0101na<\/em>\u00a0 juga, datangnya perkataan\u00a0<em>id\u0101nah<\/em>\u00a0((\u0625\u062f\u0627\u0646\u0629)) iaitu ketundukan. Oleh kerana hutang insan kepada Tuhan amatlah besar, iaitu hutang kewujudan diri, maka insan hanya mampu membayarnya dengan penyerahan diri sendiri kembali kepadaNya sebagai hamba. Disnilah, zahirnya fitrah manusia untuk beribadah secara rela dan dia bebas dalam mengikuti kehendak Tuhan. Makna ketiga adalah \u2018kuasa pemutus\u2019 yang diambil dari perkataan\u00a0<em>dayy\u0101n<\/em>\u00a0(\u062f\u064a\u0651\u0627\u0646) iaitu penguasa dan\u00a0<em>yawm al-d\u012bn<\/em>\u00a0(\u064a\u0648\u0645 \u0627\u0644\u062f\u0650\u0651\u064a\u0646) iaitu Hari Pembalasan. Inilah makna yang terdapat di dalam kata-kata \u201c\u0643\u0645\u0627 \u062a\u064e\u062f\u0650\u064a\u0652\u0646\u064f \u062a\u064f\u062f\u064e\u0627\u0646\u064f\u201d yang bermaksud \u201cSebagaimana kamu putuskan sesuatu ke atas orang lain, begitulah kamu akan dibalas\u201d. Makna ini juga didapati dari kata\u00a0<em>malik<\/em>\u00a0(\u0645\u064e\u0644\u0650\u0643) iaitu pemerintah dan\u00a0<em>\u1e25ukm<\/em>\u00a0(\u062d\u064f\u0643\u0652\u0645) iaitu undang-undang. Makna keempat adalah sifat bawaan semulajadi\/alami yang terdapat di dalam perkataan\u00a0<em>d\u0101na lahu<\/em>\u00a0(\u062f\u0627\u0646 \u0644\u0647). Ia membawa erti\u00a0<em>dhalla<\/em>\u00a0(\u0630\u064e\u0644\u064e\u0651) iaitu menjadi hina dan\u00a0<em>a\u1e6d\u0101\u2018a<\/em>\u00a0(\u0623\u0637\u0627\u0639) iaitu mentaati.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Dari makna-makna di atas, insan yang menyedari akan keadaan dirinya yang berhutang kewujudan ini akan mengakui bahawa dia sudah terikat untuk membayar semula hutangnya kepada Sang Pemiutang. Dengan rasa hina, dia lalu menunduk dan menyerahkan diri kepada Sang Penguasa dengan mentaati segala hukumNya. Perhimpunan makna-makna yang disebutkan itu juga terjelma dalam tiga urutan kehidupan;&nbsp;<em>d\u012bn<\/em>&nbsp;(agama) akan memerlukan sebuah&nbsp;<em>mad\u012bnah<\/em>&nbsp;(kota) yang seterusnya akan membina sebuah masyarakat ber-<em>tamaddun<\/em>&nbsp;(peradaban) yang baik, yakni berasaskan agama (<em>virtuous civilization<\/em>). Inilah yang ditunjukkan oleh &nbsp;Ras\u016blull\u0101h&nbsp;<em>\u1e63allal\u0101hu \u2018alayhi wa sallam<\/em>&nbsp;setelah peristiwa Hijrah, Baginda mendirikan Kota Mad\u012bnah yang menandai awal peradaban Islam. Dapat difahami di sini, makna pertama dan kedua adalah melibatkan diri, manakala makna ketiga dan keempat pula merujuk kepada masyarakat yang memerlukan kerajaan atau sistem yang dapat mengurus diri-diri itu. Islam, dengan faham agama yang dibentangkan itu, merupakan intisari&nbsp;<em>\u2018\u0101lam kab\u012br<\/em>&nbsp;(makrokosmik) dimana Allah adalah pentadbir alam jagat raya. Manusia yang memikul amanah mentadbir&nbsp;<em>\u2018\u0101lam \u1e63agh\u012br<\/em>&nbsp;(mikrokosmik) iaitu dirinya sendiri pula, hendaklah mencontohi ketertiban yang ada pada&nbsp;<em>\u2018\u0101lam kab\u012br<\/em>&nbsp;itu.&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Di dalam bab ini juga, Dr. Khalif menegaskan bahawa al-Attas juga membicarakan mengenai teori moral dalam Islam. Jika dibandingkan dengan teori moral Barat, Islam telah banyak menjawab persoalan-persoalan teori moral yang tidak mampu dijawab oleh teori Barat. Kelompongan paling asas pemikiran Barat di sini adalah kerana mereka gagal mengenal hakikat manusia. Contohnya, David Hume menyatakan manusia mesti mengikut naluri sendiri untuk bahagia. Sebaliknya, kebahagiaan insan dalam Islam adalah apabila berjaya menundukkan hawa nafsu mengikut tuntutan Tuhan.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Kemudian, al-Attas menyebut beberapa buah hadith. Antaranya, berbunyi&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>((\u0645\u0646 \u0639\u0631\u0641 \u0646\u0641\u0633\u0647 \u0641\u0642\u062f \u0639\u0631\u0641 \u0631\u0628\u0647))&nbsp;<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Yang bermaksud \u201cBarangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia akan kenal Tuhannya\u201d. Kesahihan hadith ini dan selainnya yang disebut oleh beliau telahpun diperakui oleh ramai ulama yang berwibawa dan tidak wajar lagi dipertikaikan. Hadith ini adalah rujukan penting dalam membangunkan faham yang penting dalam ilmu Ta\u1e63awwuf. &nbsp;Berhubungkait dengan makna \u2018diri\u2019, ia ditegaskan oleh al-Attas sebagai salah satu perkara&nbsp;<em>thaw\u0101bit<\/em>&nbsp;(perkara tetap) di dalam agama, iaitu Perjanjian Asali; suatu perjanjian jiwa dengan Allah sejak azali, seperti yang diungkapkan di dalam Surah al-A\u2018r\u0101f, ayat 172. Perkara ini menduduki tempat yang utama dalam faham agama. Perjanjian inilah yang menjadi landasan persaudaraan Islam, bukan sekadar persaudaraan sesama Ban\u012b \u0100dam tetapi lebih erat dari itu lagi sebagaimana digambarkan melalui persaudaraan antara Muh\u0101jir\u012bn dan An\u1e63\u0101r. Persaudaraan ini adalah seimbang antara individu dan masyarakat.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:image {\"align\":\"center\"} -->\n<div class=\"wp-block-image\"><figure class=\"aligncenter\"><img src=\"https:\/\/lh5.googleusercontent.com\/z5TzUifh8gursovnXBGV614FqYWPMzK6Y06dIJNGVKS4mndKvebsFBMBuyWiNkvG3mJ9uANuIHmhFs38uQGmukYzku76ZI-maM9kgY_7ofqWCIllaLj_YVAxd7i_HFVV6V8au2Pl\" alt=\"\" title=\"\" \/><\/figure><\/div>\n<!-- \/wp:image -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Selanjutnya, maksud dan tujuan etika di dalam Islam adalah menumpu kepada diri individu. Seseorang menjadi baik adalah kerana Allah dan RasulNya telah memerintahkannya. Kesetiaan dan ketaatan yang sebenar hanyalah kepada Allah. Negara pula tidak boleh membebani manusia kecuali dengan sesuatu yang telah dipersetujui (<em>social contract<\/em>). Etika yang dibicarakan oleh ahli falsafah berhubung pula dengan kebahagiaan. Di dalam Islam, kebahagian yang dimaksudkan adalah yang berhubungkait dengan kepastian akan Kebenaran akhir (<em>ultimate truth<\/em>) dan terpenuhinya perbuatan yang sesuai dengan kepastian tersebut. Kepastian itu adalah mengenai kebenaran Tuhan dan nasib akhir manusia. Sebagaimana perjanjian (kontrak) sendiri jika ia dilanggar akan membawa kepada kecelakaan kepada orang itu, demikianlah juga orang yang berbuat salah atau jahat, yang mengingkari Allah, sebenarnya melanggar Perjanjian Asali. Oleh itu, dia telah berlaku tidak adil terhadap dirinya. Berbeza dengan teori moral Barat, Immanuel Kant mengatakan manusia bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu yang baik mengikut&nbsp;<em>good will<\/em>&nbsp;masing-masing. Tiada ketetapan baik buruk dapat dijadikan panduan oleh manusia.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Akhirnya, dibicarakan tentang dua jenis ilmu. Yang pertama, diberikan oleh Allah Ta\u2018\u0101l\u0101. Kedua, ilmu yang dicari dengan akal fikiran yakni ilmu pengetahuan. Ilmu yang diberikan oleh Allah Ta\u2018\u0101l\u0101 &nbsp;memerlukan pengabdiaan dan kedekatan denganNya yang dikenalis sebagai ilmu pengenalan. Di sinilah peranan Ta\u1e63awwuf yang didefinisikan oleh al-Attas sebagai pengamalan Shar\u012b\u2018ah di maq\u0101m al-I\u1e25s\u0101n, merangkumi luasan kenyataan batin Islam. Melaluinyalah, kefahaman yang mendalam tentang Islam dapat dicapai.<\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->\n\n<!-- wp:paragraph -->\n<p>Sesi ke-4 akan bersambung Khamis ini pada waktu yang sama, 9pm-10.20pm. Jika belum ikuti dan masih hendak mendaftar, boleh ke<a href=\"https:\/\/www.google.com\/url?q=https:\/\/l.facebook.com\/l.php?u%3Dhttps%253A%252F%252Ftinyurl.com%252FIslamSekularisme%253Ffbclid%253DIwAR05HaD36hSqqXPUfmVMTEY0kADWX1c7L0E82hQSj2g3kKLnPEbza71ntP0%26h%3DAT3bUIXAfeJDxbMyaWzFAU43Tu8l_u83wHXwMOjkKCnOMFcxR1SIdRzsl_kvnJb5T_uWhcHtqd4RltehvCk5Rj7bsRKkquoTMj50AM5vGEn9XjWEILqcPoh8XJapTE7u0Z31vmCchPvdli2hegg0L4I7&amp;sa=D&amp;ust=1605767320269000&amp;usg=AOvVaw21U0gN3dswROFzkTAk3ldR\">http:\/\/tinyurl.com\/IslamSekularisme<\/a><\/p>\n<!-- \/wp:paragraph -->","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[60,10,61],"tags":[],"class_list":["post-8570","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-book-discussion","category-events","category-islam-dan-sekularisme"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8570","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10797"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8570"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8570\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":8582,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8570\/revisions\/8582"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8570"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8570"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8570"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}