{"id":1428,"date":"2013-10-12T18:28:57","date_gmt":"2013-10-12T10:28:57","guid":{"rendered":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/?p=1428"},"modified":"2014-05-01T13:27:12","modified_gmt":"2014-05-01T05:27:12","slug":"hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2013\/10\/12\/hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas\/","title":{"rendered":"&#8220;Pensekularan : Satu Rencana Falsafah&#8221;-Ringkasan Syarahan Sabtu Malam 12hb Oktober 2013 Syed Muhammad Naquib al-Attas"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"color: #333333\"><\/p>\n<p style=\"text-align: center\">Rumusan<\/p>\n<table class=\"aligncenter\" cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\" width=\"100%\">\n<tbody>\n<tr>\n<td style=\"text-align: center\">SYARAHAN MALAM SABTU OLEH TAN SRI. PROF. DR. SYED MUHAMMAD      NAQUIB AL-ATTAS,<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<table cellspacing=\"0\" cellpadding=\"0\" width=\"100%\">\n<tbody>\n<tr>\n<td>\n<div>\n<p style=\"text-align: center\">12 OKTOBER 2013<\/p>\n<p style=\"text-align: center\">&#8220;Pensekularan : Satu Rencana Falsafah&#8221;<\/p>\n<p style=\"text-align: center\"><a rel=\"attachment wp-att-1430\" href=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2013\/10\/12\/hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas\/img_3639\/\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1430\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3639-1024x768.jpg\" alt=\"\" width=\"100%\" height=\"100%\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3639-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3639-300x225.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/a><\/p>\n<\/div>\n<\/td>\n<\/tr>\n<\/tbody>\n<\/table>\n<p>\nMalam itu antara malam permulaan Dhu\u2019l-Hijjah. Yang Mulia Profesor melangkah perlahan masuk ke perkarangan dewan buat kesekian-kalinya tanpa mengenal lelah dan jemu memberikan khidmat, menyusun kata, menyimpul makna sebagai hidangan penuh hikmah buat bekalan dan penyuluh jalan para hadirin yang selalu kedahagaan dan dalam kesamaran. Berlainan dengan malam-malam sebelumnya, YM Professor duduk berseorangan sahaja di hadapan dewan, tanpa ditemani murid setianya Profesor Wan Mohd Nor yang sedang berada di kejauhan demi menjalankan tugas menyambung rantaian keilmuan dengan para ilmuan tanah Istanbul dan Sarajevo.\n<\/p>\n<p>\nYM Professor memulakan bicara. Jikalau minggu-minggu yang lalu, syarahannya banyak bertumpu kepada faham bahasa, bangsa dan kebangsaan serta pengalaman yang dilalui beliau dalam sejarah pembentukan negara bangsa yang dinamai Malaysia ini, pada malam ini intisari syarahannya ialah mengenai \u201cpensekularan sebagai satu rencana falsafah\u201d. Beliau mengingatkan para hadirin mengenai keutuhan konsep-konsep yang ada dalam bahasa-bahasa Islami dan betapa pentingya keutuhan maknawi ini dipertahankan, sedangkan \u201cpensekularan sebagai satu rencana falsafah\u201d ini telah berterusan menggugat keutuhan yang tersedia ini. Menurut YM Profesor, rencana falsafah ini bercirikan tiga sifat utama. Pertama, ia menyempitkan medan makna yang terdapat pada istilah-istilah tertentu serta meletakkannya di luar konteks yang asal. Kedua, ia mengubah takrif-takrif yang sedia jelas menjadi samar. Ketiga, ia menjadikan semuanya <em>natural<\/em> atau bersifat tabii.\n<\/p>\n<p><a rel=\"attachment wp-att-1433\" href=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2013\/10\/12\/hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas\/img_3551\/\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1433\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3551-1024x750.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"468\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3551-1024x750.jpg 1024w, https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3551-300x219.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nSekiranya ditelusuri kitab-kitab dan tulisan kaum Yahudi dan Nasrani maka kita tidak mendapati termaktubnya hal-hal mengenai hakikat jiwa insan di dalamnya. Sungguhpun para nabi dan rasul pastinya diberi ilmu mengenai hal-hal ini, orang-orang barat hanyalah mula berbicara mengenainya setelah mereka menemukan semula perbincangan-perbincangan falsafah oleh Aristotle dan Plato melalui penerokaan dan penulisan kaum Muslimin. Pada asalnya sememangnya dimaklumi bahawa hakikat insan itu bersifat ruhani. Takrif insan sebagai <em>Hayaw<\/em><em>\u0101<\/em><em>n al-N<\/em><em>\u0101<\/em><em>\u1e6d<\/em><em>iq<\/em> sendiri menunjuk kepada sifat ruhani. Perkataan <em>al-N<\/em><em>\u0101<\/em><em>\u1e6d<\/em><em>iq<\/em> merujuk kepada keupayaan untuk mengungkapkan makna, bertutur dan memahami pertuturan. Pada saat ini YM Profesor membacakan ayat \u201c<em>alastu birabbikum? Q<\/em><em>\u0101<\/em><em>l<\/em><em>\u016b<\/em><em> bal<\/em><em>\u0101<\/em><em> shahidn<\/em><em>\u0101<\/em>\u201d (<em>al-A`r<\/em><em>\u0101<\/em><em>f<\/em>, 172) yang menunjukkan bahawa keupayaan ini sudah tersedia sebelum insan itu dilahirkan ke alam zahir ini. Beliau mengingatkan lagi para hadirin mengenai ayat \u201c<em>wa m<\/em><em>\u0101<\/em><em> yan<\/em><em>\u1e6d<\/em><em>iqu `ani\u2019l-haw<\/em><em>\u0101<\/em>\u201d (<em>al-Najm<\/em>, 3), betapa Rasulullah s.a.w itu tidaklah bertutur-kata mengikut hawa nafsunya. Pada hal, \u201c<em>in huwa ill<\/em><em>\u0101<\/em><em> wa<\/em><em>\u1e25<\/em><em>yun y<\/em><em>\u016b<\/em><em>h<\/em><em>\u0101<\/em>\u201d (<em>al-Najm<\/em>, 4) semuanya itu semata-mata diwahyukan kepada baginda s.a.w. Maka, kita tidaklah dapat menerima anggapan bahawa keupayaan bertutur-kata ini hanyalah terhasil daripada proses evolusi yang telah mengambil masa jutaan tahun, sedangkan keupayaan ini sememangnya sudah ada pada insan semenjak asal penciptaanya di alam ruhani lagi, \u201c<em>Fa\u2019idh<\/em><em>\u0101<\/em><em> sawwaytuhu wa nafakhtu f<\/em><em>\u012b<\/em><em>hi min ru<\/em><em>\u1e25<\/em><em>\u012b<\/em>\u201d (<em>al-<\/em><em>\u1e24<\/em><em>ijr<\/em>, 29), \u201c<em>Wa laqad khalaqn<\/em><em>\u0101<\/em><em>kum thumma <\/em><em>\u1e63<\/em><em>awwarn<\/em><em>\u0101<\/em><em>kum<\/em>\u201d (<em>al-A`r<\/em><em>\u0101<\/em><em>f<\/em>, 11).\n<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p>\nPerkataan <em>ruh<\/em> dalam bahasa Latin ialah <em>psyche<\/em>. Maka kajian mengenai roh dinamakan <em>psychology<\/em>. Namun ditimbulkan pula roh itulah dia manusia, dan manusia itulah rohnya. Maka Immanuel Kant mengubah pula istilah ini kepada kajian mengenai manusia, atau <em>anthropology<\/em>. Akhirnya, <em>psychology<\/em> telah bertukar menjadi <em>anthropology<\/em>, di mana <em>anthropos<\/em> ini ialah \u2018manusia\u2019 dengan merujuk kepada sifat <em>bashariyyah<\/em>nya, sesuatu yang merupakan sebahagian daripada alam tabii atau <em>nature<\/em>. Makanya sesuatu yang bersifat ruhani tadinya telah direndahkan dan disempitkan kepada sesuatu yang bersifat tabii semata-mata, <em>nature<\/em>, sedangkan kita berpegang bahawa <em>nature<\/em> ini ialah makhluk yang diciptakan Allah s.w.t jua, manakala jiwa atau roh bukanlah sebahagian daripada <em>nature<\/em>. Disiplin psikologi ini akhirnya direndahkan kepada unsur-unsur jasmani semata-mata, manakala roh direndahkan menjadi \u2018minda\u2019. Apabila minda menjadi perkara utama, maka persoalan yang seterusnya timbul tentulah berlegar di sekitar persoalan-persoalan \u2018apakah yang difahami dengan \u2018kecerdasan\u2019?; apakah haiwan mempunyai kecerdasan?\u2019, misalnya. John Locke, misalnya, tidak bersetuju haiwan mempunyai kecerdasan. Menurut Locke, seekor haiwan itu tidaklah cerdas kerana ia tidak mampu menghargai atau memahami keindahan, tidak mampu mentajridkan benda-benda atau objek-objek ilmu, tidak mampu melakukan analisis dan membuat pertimbangan dan perbandingan. Menurutnya lagi, bidang antropologi ini ialah satu-satunya bidang di mana <em>yang mengetahui<\/em> dengan <em>yang diketahui<\/em> itu bersatu. Namun menurut YM Profesor, ini adalah satu percanggahan. Sekiranya yang mengetahui itu hendak mengetahui dirinya sendiri dengan membuat kajian antropologi, ini bermakna dia tidaklah mengetahui dan tidaklah wajar digelar \u2018yang mengetahui\u2019. Sebaliknya dia sudah sedia tahu apa yang diketahui itu, maka apakah perlu lagi satu disiplin yang dinamakan antropologi ini untuk dia mengetahuinya? Akhirnya William James mengusulkan untuk kita tidak lagi perlu mentakrifkan apa itu manusia, biarkan sahaja ia dalam kesamaran. Perbezaan antara insan dan haiwan menurut mereka hanyalah perbezaan darjat kedudukan di mana yang satu itu terlebih rumit dan kompleks berbanding yang satu lagi. Yang satu itu dikatakan telah lebih jauh berevolusi berbanding yang satu lagi.\n<\/p>\n<p><a rel=\"attachment wp-att-1434\" href=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2013\/10\/12\/hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas\/img_3548\/\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1434\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3548-1024x783.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"489\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3548-1024x783.jpg 1024w, https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3548-300x229.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nTentu sekali kita tidak dapat menerima semua ini. Insan itu ialah <em>bani Adam<\/em>, keturunan Nabi Adam a.s. Sudah tentu terdapatnya keturunan-keturunan yang lain seperti keturunan penghuni-penghuni gua dan yang lain-lainnya itu, namun mereka ini bukanlah bani Adam, bukanlah insan. Lakukanlah anggaran menerusi pengiraan dan kita mendapati umur bani Adam di bumi ini tidaklah mungkin jauh melebihi 20,000 tahun. Yang dikatakan <em>Neanderthal<\/em>, <em>Homo Erectus<\/em>, dan lain-lain itu bukanlah bani Adam sebenarnya. Insan ini diciptakan dengan dua tujuan, iaitu pengabdian kepada Penciptanya dan sebagai <em>khal<\/em><em>\u012b<\/em><em>fah<\/em> di muka bumi. Apabila kita menyebut <em>khal<\/em><em>\u012b<\/em><em>fah<\/em> maka dengan serta-merta kita diingatkan tentang <em>amanah<\/em>. Maka insan itu menanggung amanah untuk membangun dirinya sendiri dan peradaban di muka bumi ini. Sementara daerah-daerah turunnya para nabi dan rasul ini, kawasan-kawasan inilah yang mula-mula memunculkan peradaban. Maka sungguh menakjubkan apabila pada zaman ini, perbuatan merosakkan hasil-ciptaan manusia digelar <em>vandalism<\/em>, sedangkan perbuatan merosakkan alam tabii ciptaan Allah s.w.t dinamakan <em>development<\/em>. Ini antara tanda-tanda insan sudah melupakan amanah yang menjadi tujuan penciptaanya tadi.\n<\/p>\n<p>\nInsan itu <em>bashar<\/em> dan <em>nafs<\/em>, sedangkan para malaikat tidak memiliki <em>nafs<\/em>, tetapi hanya <em>ruh<\/em>. Pada insan terdapat dua <em>nafs<\/em>: <em>nafs al-n<\/em><em>\u0101<\/em><em>\u1e6d<\/em><em>iqah<\/em> dan<em> nafs al-<\/em><em>\u1e25<\/em><em>ayaw<\/em><em>\u0101<\/em><em>niyyah<\/em>. Adapun <em>al-<\/em><em>\u1e25<\/em><em>ayaw<\/em><em>\u0101<\/em><em>niyyah<\/em> ini terdiri daripada lima daya, sebagaimana terdapatnya lima daya inderawi. Sedangkan <em>al-n<\/em><em>\u0101<\/em><em>\u1e6d<\/em><em>iqah<\/em> pula mempunyai dua sifat: <em>`amal<\/em><em>\u012b<\/em> dan <em>`ilm<\/em><em>\u012b<\/em>. Sifat <em>`ilm<\/em><em>\u012b<\/em> inilah yang akhirnya menaakul dan mengetahui dan mengenali <em>sesuatu itu seperti adanya<\/em>. Untuk itu ia perlu mengetahui apakah dia yang <em>membezakan<\/em> sesuatu itu dengan sesuatu yang lain, kerana hakikat sesuatu ialah pada perbezaan itu. Sifat <em>`ilm<\/em><em>\u012b<\/em> inilah yang perlu dibangunkan, dan inilah dia matlamat pendidikan yang sebenarnya.\n<\/p>\n<p><a rel=\"attachment wp-att-1432\" href=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2013\/10\/12\/hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas\/img_3540\/\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1432\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3540-1024x768.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"480\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3540-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3540-300x225.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\n<em>Ma`rifah<\/em> ialah mengenali sesuatu itu seperti adanya, sedangkan <em>`ilm<\/em> ialah mengetahui sesuatu itu malalui hubungannya dengan sesuatu yang lain. Kedua-dua <em>ma`rifah<\/em> dan <em>`ilm<\/em> adalah amat diperlukan dalam mencapat keadilan, <em>`adl<\/em>, keadaan di mana setiap sesuatu itu berada pada tempatnya yang benar. Ahli-ahli sains dan falsafah, mereka semua memiliki semacam <em>ma`rifah<\/em>, cuma kita menggelarnya intuisi atau inspirasi, <em>\u1e25<\/em><em>ads<\/em>.\n<\/p>\n<p>\nPerkataan <em>ma`rifah<\/em> ini berakarkan kata <em>`urf<\/em> yang membawa makna had atau batas. Terdapat had-had kebenaran pada setiap objek ilmu, yang sekiranya dilangkaui atau dikurangi akan menjadikannya palsu. Kita tidak seharusnya menyalahtafsir had-had ini sebagai kekangan untuk kita mencapai kebenaran. Bahkan sebaliknya. Di sini YM Profesor membuat perumpamaan sebuah kerusi, apakah itu kerusi? Kerusi ialah satu objek berkaki empat, ada kalanya tiga, tempat untuk manusia melakukan satu perbuatan yang dikenali dengan \u2018duduk\u2019. Tiada manusia maka tiadalah kerusi. Namun, sekiranya persoalan mengenai kerusi ini dibiarkan berlanjutan tanpa had-had tertentu, maka mungkin pula soalan tadi itu menjadi, misalnya, \u2018dengan apakah kerusi itu diperbuat?\u2019, dengan sejenis kayu, kemudian \u2018daripada pokok yang manakah kayu itu diperoleh?\u2019, \u2018siapakah tukang kayu?\u2019, \u2018apakah alat-alat yang digunakannya?\u2019, \u2018berapa banyak alat?\u2019, \u2018bagaimana alat-alat itu dibuat?\u2019, dan bagi seorang ahli fizik, mungkin, \u2018apakah molekul bahan kerusi itu?\u2019, \u2018apakah atom unsurnya?\u2019, dan berbagai-bagai lagi soalan yang akhirnya <em>kerusi<\/em> tadi terus lenyap dari fikiran. Soalan-soalan ini tidak langsung membawa kita lebih mengenali apakah itu kerusi, bahkan sebaliknya. Inilah perumpamaan keadaan insan yang telah menjadi mangsa pensekularan. Setelah disempitkan makna, dibuang takrif yang thabit, dan dibiarkan takrif menjadi samar, dia kemudiannya terus-menerus melakukan penyelidikan terutama untuk mengenali dirinya sendiri dan sifat-sifat bawaan insan, tanpa berkesudahan yang akhirnya tidaklah membawanya kepada ilmu pengenalan, bahkan terjerumus ke dalam lembah kekeliruan yang dahsyat.\n<\/p>\n<p>\nOleh itu teramat mustahak bagi kita untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan had dan tidak memusuhinya. Sedangkan Allah s.w.t sendiri memberi khabar mengenai DiriNya secara terhad. Kita hanya mampu mengnali Allah s.w.t sebagai <em>Rabb<\/em>, sebagai <em>Il<\/em><em>\u0101<\/em><em>h<\/em>, atau melalui <em>al-Asm<\/em><em>\u0101<\/em><em>\u2019 al-<\/em><em>\u1e24<\/em><em>usn<\/em><em>\u0101<\/em>. Sekiranya ditanya, \u2018kalau begitu di manakah Allah sebelum alam ini diciptakan?\u2019, maka jawapannya <em>Huwa\u2019l-<\/em><em>\u0100<\/em><em>n kam<\/em><em>\u0101<\/em><em> k<\/em><em>\u0101<\/em><em>n<\/em>. Alam tabii ini adalah sesuatu yang baharu, senantiasa baharu, <em>\u1e25<\/em><em>aw<\/em><em>\u0101<\/em><em>dith<\/em>. Zarah-zarah atom itu pada penghujung pertimbangan tidaklah wujud, tidak wujud secara jasmani, ia bukanlah zarah sebenarnya, ia cumalah hasil atau akibat atau natijah daripada suatu perbuatan yang berterusan. <em>Kulla yawmin Huwa f<\/em><em>\u012b<\/em><em> sha\u2019n<\/em>.\n<\/p>\n<p><a rel=\"attachment wp-att-1431\" href=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/blog\/2013\/10\/12\/hakikat-jiwa-insan-ringkasan-syarahan-sabtu-malam-12hb-oktober-2013-syed-muhammad-naquib-al-attas\/img_3539\/\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-large wp-image-1431\" src=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3539-1024x780.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"487\" srcset=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3539-1024x780.jpg 1024w, https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/IMG_3539-300x228.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 640px) 100vw, 640px\" \/><\/a><\/p>\n<p>\nKembali kepada persoalan bahasa. Dalam tamadun barat, hanyalah Hobbes yang menyatakan kepentingan bahasa dalam pengkajian ilmu mengenai manusia. Ini kerana bahasalah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Bahasa-bahasa Isl\u0101m\u012b pula adalah bahasa yang di dalamnya sudah sematkan benih-benih kata-kata kunci yang membentuk pandangan alam. Berakarkan pandangan alam inilah akhirnya menjelma satu bentuk identiti di kalangan pengguna bahasa itu. Begitulah halnya dengan bangsa Melayu dan identitinya. Kajian Melayu di universiti-universiti tidak seharusnya merungkai identiti Melayu, iaitu Isl\u0101m, dengan berusaha mencari-gali fakta-fakta runcitan dalam sejarah di mana terdapatnya peninggalan agama Hindu dan Buddha, misalnya, seolah-olah dengan ini identiti Melayu tidaklah lagi Isl\u0101m, walhal orang-orang Melayu sendiri yang memperakui identiti Isl\u0101mnya, mangakui dirinya Muslim dan sebahagian daripada kaum Muslimin amnya.\n<\/p>\n<p>\n<em>ditulis oleh Muhammad Ikhwan Azlan, calon Doktor Falsafah CASIS<\/em>\n<\/p>\n<p>\n<em><\/p>\n<div>for the PDF version click <a href=\"https:\/\/chancellery.utm.my\/wp-content\/uploads\/sites\/14\/2013\/10\/BM-Saturday-Night-Lecture-12th-October-2013.pdf\">HERE<\/a><\/div>\n<div>To see the pictures click <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/media\/set\/?set=a.708568435837217.1073741849.216201138407285&amp;type=1&amp;l=c3d53ee704\">HERE<\/a><\/div>\n<p><\/em>\n<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rumusan SYARAHAN MALAM SABTU OLEH TAN SRI. PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS, 12 OKTOBER 2013 &#8220;Pensekularan : Satu Rencana Falsafah&#8221; Malam itu antara malam permulaan Dhu\u2019l-Hijjah. Yang Mulia Profesor melangkah perlahan masuk ke perkarangan dewan buat kesekian-kalinya tanpa mengenal lelah dan jemu memberikan khidmat, menyusun kata, menyimpul makna sebagai hidangan penuh hikmah buat bekalan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":10796,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_et_pb_use_builder":"","_et_pb_old_content":"","_et_gb_content_width":"","footnotes":""},"categories":[25],"tags":[],"class_list":["post-1428","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-saturday-night-lecture"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1428","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/users\/10796"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=1428"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/1428\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=1428"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=1428"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/chancellery.utm.my\/casis\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=1428"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}