ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR
GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN
1.0 NAMA ANUGERAH
ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR
2.0 LATAR BELAKANG ANUGERAH
AINC telah diperkenalkan mulai tahun 2010 sebagai Anugerah yang
mengiktiraf penghasilan Inovasi yang benar-benar signifikan dan
berimpak tinggi di UTM. Pewujudan AINC adalah bagi membolehkan
UTM memberi pengiktirafan kepada inovasi yang dilakukan oleh
PTJ/Fakulti/Unit secara khasnya merujuk kepada inovasi yang dapat
meningkatkan mutu sistem penyampaian menerusi penambahbaikan
proses/prosedur kerja yang lebih efisien dalam menyumbang kepada
peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.
Mulai tahun 2018 AINC telah dijenamakan semula kepada kriteria yang
lebih luas dan selari dengan anugerah di peringkat kebangsaan seperti
Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM). Ini kerana AINC adalah
merupakan satu Anugerah pengiktirafan tertinggi yang diberi oleh UTM
di dalam Majlis Citra Karisma. Anugerah ini bertujuan untuk memberi
pengiktirafan tertinggi terhadap usaha-usaha aktiviti yang dilaksanakan
oleh komuniti UTM.Secara khususnya kepada hasil inovasi yang dapat
memartabatkan kewibawaan dan jenama UTM.
3.0 KATEGORI ANUGERAH
Individu , PTJ atau Kumpulan
4.0 KRITERIA / SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Penyertaan dibuka kepada semua hasil aktiviti dan inovasi
daripada usaha-usaha aktiviti dan projek yang dilaksanakan
oleh komuniti UTM.
2. Penyertaan boleh dibuat melalui projek PTJ atau projek
kumpulan dan projek-projek sinergi diantara PTJ / kumpulan
daripada komuniti UTM.
3. Projek inovasi yang dicalonkan berstatus aktif pada tahun dinilai
(2024).
4. Projek inovasi yang dicalonkan juga hendaklah
sekurang-kurangnya telah menunjukkan hasil pada tarikh
tempoh penilaian AINC (telah beroperasi sekurang-kurangnya
untuk tempoh enam bulan daripada tarikh tutup permohonan).
5. Projek yang lahir (derived) dari projek induk atau utama (tidak
dibenarkan).
6. Projek inovasi yang telah memenangi AINC tidak layak untuk
menyertai AINC bagi tempoh 2 tahun kecuali ada
penambahbaikan atau pengubahsuaian melebihi 50 peratus
daripada projek asal
5.0 KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN
i. Kaedah Penilaian
1. Pihak urus setia akan membuat tapisan awal bagi memastikan
setiap permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan
kriteria penilaian yang ditetapkan.
2. Laporan projek inovasi akan dinilai oleh panel penilai bagi
menyenarai pendek projek-projek inovasi tersebut (peringkat
tapisan pertama).
3. Projek Inovasi yang disenarai pendek diperingkat tapisan pertama
akan dimaklumkan untuk membuat pembentangan projek atau
lawatan tapak oleh panel penilai.
4. Projek yang telah disenarai pendek dan dinilai oleh panel penilai
akan dibentang kepada panel induk AINC untuk pengesahan.
5. Keputusan akan dibawa kepada Ybhg Naib Canselor untuk
perakuan.
6. Pemenang AINC akan diumumkan pada Majlis Citra Karisma UTM.
6.0 PEMARKAHAN ADALAH BERDASARKAN KRITERIA UTAMA SEPERTI BERIKUT:
1. Kriteria
Kriteria Inovasi mestilah dapat menunjukkan 6 ciri utama seperti berikut:
1. PENGENALAN
a. Penerangan ringkas projek meliputi 6 kriteria utama
pengenalan, kreativiti,keberkesanan, relevan, signifikan,
pencapaian, pengiktirafan dan perancangan masa
hadapan. Disertakan faktor ‘Wow’ dan
pencapaian/pengiktirafan yang diterima.
2. KREATIVITI
a. Menunjukkan keunikan dan pendekatan diluar kotak dari
segi usaha atau idea yang asli, tersendiri, diadaptasi atau
yang melangkau norma biasa.
b. Penghasilan inovasi yang menawarkan penyelesaian kreatif
dan melangkaui ekspektasi pelanggan.
c. Memudahkan keadaan semasa dan mengurangkan
kekangan atau jurang kearah peningkatan tahap
penyampaian perkhidmatan.
3. KEBERKESANAN
a. Mendatangkan faedah yang nyata dari aspek capaian hasil
yang segera, ketara, jelas dan diterima umum.
b. Meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar dari segi
penerimaan atau peningkatan tahap penggunaan sesuatu
inovasi.
c. Penciptaan nilai terhadap pelanggan melalui pengenalan
dasar, program, infrastruktur, teknologi atau perkhidmatan
yang memajukan kepentingan pelanggan.
d. Kelestarian inovasi dari aspek keupayaan untuk memberi
faedah secara berkesan atau berpotensi untuk diaplikasikan
kepada pihak luar/masyarakat.
4. RELEVAN
a. Projek inovasi yang dapat memenuhi agenda UTM dan
Negara.
b. Mengambil kira persekitaran semasa dari aspek keupayaan
yang memenuhi ekspektasi, kehendak atau keadaan
semasa.
c. Projek inovasi yang mempunyai jaringan kolaborasi dan
kerjasama strategik dengan pelbagai pihak.
d. Sumbangan secara langsung kepada sustainable
Development Goals (SDG).
5. SIGNIFIKAN
a. Keberhasilan (outcome) inovasi yang memenuhi objektif
yang ditetapkan.
b. Penjimatan kos/sumber yang optimum serta menghasilkan
pulangan yang maksimum.
c. Mempunyai kepentingan yang nyata dari segi kemampuan
yang menawarkan alternatif penyelesaian kepada isu semasa.
6. PENCAPAIAN, PENGIKTIRAFAN DAN PERANCANGAN MASA HADAPAN
a. Pengiktirafan yang diterima di pelbagai peringkat.
b. Potensi kesinambungan projek di masa hadapan.
2. Markah
Agihan markah adalah mengikut rubrik penilaian yang telah ditetapkan.
Secara amnya ia diringkaskan seperti dibawah:
Nota: Sila nyatakan markah minimum (titik ambang) bagi pemenang dan penghargaan
7.0 KOS HADIAH
8.0 SENARAI JAWATANKUASA ANUGERAH