Penyertaan dibuka kepada semua hasil usaha dan aktiviti inovasi atau projek yang dilaksanakan oleh komuniti UTM yang menyumbang kepada kewibawaan dan jenama UTM Penyertaan boleh dibuat melalui projek PTJ atau projek kumpulan dan projek-projek sinergi diantara PTJ/kumpulan daripada komuniti UTM.
Projek inovasi yang dicalonkan berstatus aktif pada tahun dinilai (2023).
Projek inovasi yang dicalonkan juga hendaklah sekurang-kurangnya telah menunjukkan hasil pada tarikh tempoh penilaian AINC (telah beroperasi sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan daripada tarikh tutup permohonan).
Projek yang lahir (derived) dari projek induk atau utama (tidak dibenarkan).
Projek inovasi yang telah memenangi AINC tidak layak untuk menyertai AINC bagi tempoh 2 tahun kecuali ada penambah baikan atau pengubahsuaian melebihi 50 peratus (50%) daripada projek asal.