TUMPUAN PENILAIAN DAN KRITERIA PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR (AINC)

Tumpuan penilaian dan kriteria pemilihan yang digunakan dalam proses penilaian AINC adalah seperti berikut:

 

Kriteria Penilaian Pertama (1): Pengenalan

Penerangan ringkas projek meliputi 5 kriteria utama kreativiti, relevan, signifikan, pencapaian, pengiktirafan dan perancangan masa hadapan. Disertakan faktor “Wow” dan pencapaian/pengiktirafan yang diterima.

 

Kriteria Penilaian Kedua (2): Kreativiti (idea)

Menunjukkan keunikan dan pendekatan diluar kotak dari segi usaha atau idea yang asli, tersendiri, diadaptasi atau yang melangkau norma biasa. Penghasilan inovasi yang menawarkan penyelesaian kreatif dan melangkaui ekspektasi pelanggan. Memudahkan semasa dan mengurangkan kekangan atau jurang ke arah peningkatan tahap penyampaian perkhidmatan.

 

Kriteria Penilaian Ketiga (3): Keberkesanan (Faedah Inovasi)

Mendatangkan faedah yang nyata dari aspek capaian hasil yang segera, ketara, jelas dan diterima umum. Meningkatkan tahap kepuasan kumpulan sasar dari segi penerimaan atau peningkatan tahap penggunaan sesuatu inovasi. Penciptaan nilai terhadap pelanggan melalui pengenalan dasar, program, infrastruktur, teknologi atau perkhidmatan yang memajukan kepentingan pelanggan. Kelestarian inovasi dari aspek keupayaan untuk memberi faedah secara berkesan atau berpotensi untuk diaplikasikan kepada pihak luar/masyarakat.

 

Kriteria Penilaian Keempat (4): Relevan

Projek inovasi yang dapat memenuhi agenda UTM dan Negara. Mengambil kira persekitaran semasa dari aspek keupayaaan yang memenuhi ekspektasi, kehendak atau keadaan semasa. Projek inovasi yang mempunyai jaringan kolaborasi dan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Sumbangan secara langsung kepada Sustainable Development Goals (SDG).

 

Kriteria Penilaian Kelima (5): Signifikan

Keberhasilan (outcome) inovasi yang memenuhi objektif yang ditetapkan. Penjimatan kos/sumber yang optimum serta menghasilkan pulangan yang maksimum. Mempunyai kepentingan yang nyata dari segi kemampuan yang menawarkan alternatif penyelesaian kepada isu semasa.

 

Kriteria Penilaian Keenam (6): Pencapaian, pengiktirafan, & Perancangan Masa Depan

Pengiktirafan yang diterima di pelbagai peringkat, Potensi kesinambungan projek di masa hadapan.