+607-553 3333

corporate@utm.my

ANUGERAH INOVASI NAIB CANSELOR

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/Prof./Prof. Madya/Dr./Saudara,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 
 
2.  Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Canseleri telah dipertanggungjawabkan menjadi urus setia Anugerah Inovasi Naib Canselor (AINC 2025). Pewujudan anugerah ini adalah bagi membolehkan UTM memberi pengiktirafan kepada inovasi yang dilakukan oleh PTJ/ Fakulti/Unit mahupun kumpulan kerja yang dapat meningkatkan kualiti sistem penyampaian menerusi penambahbaikan yang berterusan.

 

3. Kerjasama ketua PTJ adalah dimohon untuk mengenal pasti projek-projek inovasi pengurusan ataupun teknikal yang menyumbang kepada penambahbaikan perkhidmatan untuk dicalonkan. Selain itu, juga dimohon untuk membuat hebahan kepada semua bahagian/unit yang berada di bawah pentadbiran masing-masing.

4. Maklumat lanjut berkaitan anugerah juga boleh dilayari di pautan ini Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 April 2025. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan  Puan Nurul Husna Binti Mohammad Sairi   (nurulhusna.ms@utm.my).

 

5.   Sila rujuk garis panduan dan Kriteria Pencalonan seperti dipautan ini

.

About Us

Our Devision

Strategic Priority

Publication

Contact Us

Quick Links